:::My PaGeS:::

Friday, November 26, 2010

::: Kelegaan... :::

Salam....
huh~ 1 bebanan yg berat suda lepas..... akhirnya berjaya jgk bhdapan dgn 'BoS' ..... Rasa mcm mau tercabut jak gigi time bckp sama bos.... akhirnya, aku pakai jg alasan dr kwn ku.... 'Appointment dgn dentist'...... huhu.... biarpun dia bising mbebel, janji dia benarkan aku kluar.... mmg terasa berat kakiku mo melangkah kerja d company ni sejak bbrapa bulan lalu.... mudah2an pengorbanan aku kena marah bos hari ni berbaloi... amin.....

 hahaha.. muka bos time marah!! sebijik~

:: ayu ::

Thursday, November 25, 2010

::: Perkataan Lazim Digunakan Wanita :::

FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.

PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.

MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.

MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.

OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'.

BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.

TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.


:::ayu:::

::: Ujian Psikometrik :::

Salam...
1st of all, syukur Alhamdulillah..... kerna, aku tlh menerima perkhabaran yg gembira hari ini... but, buat kelam kabut jg... hihi.. tp, aku ttp bsyukur.. ini 1 permulaan yg baik.. dan mudah2an permulaan yg baik ini, akan menjamin masa dpn yg lebih baik..  amin.... 1st time rasanya dpt interview d UMS ni, wpun suda 3 kali aku apply kerja melalui 'E-jobs online'.... syukur....

dan yg pling mengejutkan aku, esok adalah harinya~ duhh,... sgt teruja, dan gementar... nasib jgk la, ada buka laman webnya hari ni, coz klu x, confirm suda terlepas utk menduduki ujian psikometrik @ ujian bertulis ni.... dan saya ada 2 masalah... 

1) Apa alasan yg harus aku bg dgn bos?? huhu... confirm, telinga akan kena cuci lg dgn bersih sebersihnya... coz tu ujian start jam 230pm-315pm.... waktu kerja, ok...

2) Sepa jgk yg mau hantar aku ni?? punyala jauh msuk ke dlm UMS ni... melainkan cik abg sudi utk meluangkan masa selama lbih kurang 45min utk mhantar & menunggu aku abis mduduki ujian ini... huh! amat berat...

mahu xmahu, aku kena jg pergi ke ums.. sbb ini adalah peluang aku utk bertukar angin ke situasi kerja yg lain, seperti yg aku angan2kan... dan pling aku suka, SABTU cuti... hihi.... tp, aku blm blh utk bergembira sakan, or mengharap sgt utk jawatan ini, kerana aku tau, ramai lg calon2 yg layak di luar sana..... hanya bersandarkan nasib sahaja... huhu.... ttp, aku harus pergi utk menimba pengalaman mendudi ujian bertulis... dan mgkin, bila aku berjaya utk tapisan ujian bertulis, aku kena duduki lg ujian lisan (interview)... dan selepas itu, brula ada keputusan, sama ada aku layak or x utk jawatan ini...



Ya Allah... ya Tuhanku, ko murahkan la rezeki ku utk mendapat jawatan ini.... amin...

::: ayu :::

::: T.E.L.E.F.O.N :::

Salam....
ni entry yg bkin panas... mcm dlm 'melodi' tu.... hihi... mmg lama sda memanaskan hati ni... selalu mcm ni.... asal bunyi telepon opis tu, bila time purchasing xda, automatik la aku yg jd sasaran.. mcm operator.... asal berdering jak,, aku la yg jd mangsa, walhal, ada org yg duduk lg dekat dgn telepon tu.....


dan org yg duduk d sebelah meja telepon tu hanya buat2 tuli, dan buat bodoh... jahanam btul.... klu dia tgh buat kerja, xpa jgk... ni x... tgh main game or tgk movie!!!! WTH???? mmg bkin geram... mo dicakap bodoh, xda otak, xblh jgk, sbb klu dia xda otak, xkan dia keja d company ni kan??? mgkin dia suda letak otak dia d lutut!!!!

bgini la, lebih kurang sama, JANTAN yg buat bodoh tu...

dan yg pling bkin geram, bila aku jln jauh utk mengangkat itu telepon, dan si pemanggilnya, bkn la atas urusan kerja, ttp urusan PERIBADI!!!... blh ka, aku sound jak drg2 ni supaya lain kali, klu rasa2 mo kol atas urusan peribadi, pg la kol trus p hp drg, kan sng???? tp, aku tau punya, bila aku ckp gtu, akan jd isu, dan jd ptelingkahan... smua drg cni ni, bfikiran kolot!! mau mng sendiri.. suka menegakkan benang yg basah!!!! tiada fikiran lgsung!! dan yg pling bkin panas, JANTAN tu, bila mo pakai tu telepon utk urusan peribadi, blh plak mendail!!!! xkan bodoh namanya tu... mmg xda otak... memamng menyesal seumur idup la sepa dpt JANTAN tu.. minta dijauhkan la....

rupa JANTAN kebret bila bgayut!!!!

::: ayu :::

::: Present from my boo :::

Salam....
kemarin, bersamaan dgn 24-11-2010, i got present from my boo.... agak tkejut jgk.. coz, mmg dia dah janji nak bg 'gelang'... tp, saya telah menyangka lebih dr itu.. hahaha.... tp, my boo suda janji, yg tu nxt time.. bkn dlm this week... thanks b... i'll appreciate it.... nxt time bg kmk design sndiri k?? ;)
with love,

::ayu::

Wednesday, November 24, 2010

::: Tukar angin... ::::

Salam....
sedar xsedar, kita suda nak smpai ke penghujung tahun 2010.... so, adakah matlamat & impian tahun 2010, kamu semua suda tercapai??.... erm.... for me, not all my dream for 2010 tercapai.... adala sesetengahnya... dan sesetengahnya lg, Insyaallah, akan dimasukkan dlm senarai list 2011... hurmmm, nak ckp ckit, pasal salah 1 impian yg blm tercapai, iaitu pekerjaan.... huh! pjg story yg rasanya nak diluahkan....


sebenarnya, agak lama jg aku suda bekerja d company skg ni.... so far, ok jgk la... cumanya, yg xoknya mmg byk.... paling dibenci, sabtu pun tpksa kerja full day 8am-5pm... ya la, suda namanya mkn gaji, mau xmau, tpksa ikut arahan syarikat~.... mmg sedia maklum, utk mencari rezeki yg halal, hasil titik peluh sndri, bkn semudah yg disangka.... mmg byk cabaran yg perlu kita tempuhi utk mencari sesuap nasi... dan, alhamdulillah, saya bersyukur dgn nikmat kurniaan-NYA..... kerana diberi rezeki utk meneruskan kehidupan..... wpun kdg2 terpaksa mengeluh dgn seberapa perkara dan mslh2 yg bkin pening....


kdg2, sikap bos yg mcm pilih kasih, buatkan mo resign on the spot!!! nasib baik blh fikir pjg lg.... sbb, bkn senang utk mcari kerja lain, lainla, suda confirm got another job... mmg on the spot, akan hantar surat resign..... lain pulak dgn sikap2 ofissmate yg kdg2 bkin sakit jiwa n mkn hati.. terpaksa jg ditelan walau pahit... ya, walau sakit ahti mcm mn pun, saya masih tetap mengamalkan sikap professional utk tidak bergaduh berteriak2 or bertarik rambut/tudung sesama mereka... itu sgt2 memalukan kaum wanita... huh!.... mmg niat hati, lama suda ingin bertukar angin, kepada suasana kerja yg lebih baik dgn gaji yg berpatutan.... tetapi, bila difikir2 balik, dimana2 tempat kerja pun sama, yg bezanya cuma, cara kita utk m'handle sesuatu perkara tersebut.... dimana2 pun, ttp sama jgk bila mana suasana dan org2nya jg bsikap sama seperti tempat kerja kita skg.... huh! mmg rumit kan... dan mgkin, cara yg pling baik adalah 'just ignore' mereka2 itu.... dan buat hal sndri... itu cara saya la... xtau plak cara kmu, mcm mn kan? coz, setiap individu mmpunyai pndapat n fikiran msing2..... tp, itulah, yg sbnr2nya yg saya inginkan.... suasana yg aman dan mendamaikan di tempat kerja, sama seperti suasana seperti kita berada d tempat yg mendamaikan jiwa seperti di lereng2 bukit, pantai or something else like that... tp, blh ka mcm tu? hiii.....


Dan, harapan saya di tahun 2011, saya akan mdapat kerja yg jauh lebih baik dr skg.... ya la, saya rasa, smua org mahukan peningkatan di dlm kerjaya msing2 kan? dan kalau la blh, saya mmg mahu tukar pekerjaan saya yg skg... sgt2 mau, dan mahukan jawatan lain yg lebih saya sukakan.... herm, pling baik if dpt GOV..... Insyaallah, saya akan sedaya upaya b'usaha ke arah itu tnpa bantuan 'org dalam'.... kerana, itu jauh lebih baik drpd sebaliknya.....
 Insyaallah..... amin....

:::ayu:::

Tuesday, November 23, 2010

:::Everyday i Love u:::

Salam....
semakin hari semakin sayang~ alhamdulillah, cinta kmi diberi kekuatan sehingga hari ini, dan mudah2an utk selamanya~ amin.... terima kasih di atas kasih syg yg ktk bg b... i always love n miss u... wpun hari2 jmpa, rindu tu tetap ada... terima kasih jg, sbb berusaha memenuhi permintaan kmk, dan cuba beri kmk yg terbaik..... wpun kdg2 kmk tlupa utk ucapkan terima kasih, tp dihati kmk tetap mengucapkan terima kasih dia atas segala apa yg ktk lakukan utk kmk.. thanks a lot ya b.... Insyaallah, apa yg kita hajati, akan terlaksana xlama lg.. sentiasa berdoa supaya setiap impian kita termakbul...


rasa2nya terlalu byk yg kita 2 suda lalui bersama.. suka, duka, cacian, hinaan.... dan alhamdulillah, kita mampu bertahan.... org ckp, Allah sentiasa bersama dgn org2 yg bersabar.... amin.... dan berkat kesabaran kita tu la, yg mbuatkan sesetengah org yg mhina kita dulu, mbuka mata atas apa yg kita ada sekarang... alhamdulillah, syukur dgn smua nikmat kurniaan-NYA.... dan pling ptg, org yg mhina kita tu, blm tentu sebahagia kita....  dan Insyaallah, setiap apa keburukan yg org ckp pasal kita akan dibalas oleh-NYA....  Allah tu maha adil.... setiap kebaikan dibalas kebaikan, dan bgtu jg dgn sebaliknya....

This is specially for u b.....

I don't know but I believe
That some things are meant to be
And that you'll make a better me
Everyday I love you
I never thought that dreams came true
But you showed me that they do
You know that I learn somethng new
Everyday I love you
'Cos I believe that destiny
Is out of our control (don't you know that I do)
And you'll never live until you love
With all your heart and soul.
It's a touch when I feel bad
It's a smile when I get mad
All the little things I am
Everyday I love you
Everyday I love you boy
Everyday I love you
'Cos I believe that destiny
Is out of our control (don't you know that I do)
And you'll never live until you love
With all your heart and soul
If I asked would you say yes?
Together we're the very best
I know that I am truly blessed
Everyday I love you
And I'll give you my best
Everyday I love you 


with love, 

:::ayu:::

:::Movie time - NGANGKUNG:::


hi..... ni nak cerita sikit pasal coming movie ni.... xsbr rasanya nak tgk NGANGKUNG.... sgt2 excited mo tgk coz my SHAHEIZY SAM ada berlakon.... errmmm, suka sgt dgn watak2 dia.. smua the best~ so, sgt2 xsbr tggu 25hb.... msti mo tgk awal2, brula crita xbasi.... hihi... jom kita ikuti sinopsis cerita ini.... 

Ngangkung melatari kisah seorang pemandu lori, Azim yang hidup serba sederhana bersama isterinya, Suri dan anak perempuannya. Dua sahabat baiknya ialah Tasnim dan Wan yang merupakan kaki ekor.
Tabiat serta aktiviti Tasnim dan Wan memang diketahui oleh isteri masing-masing. Azim pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti mereka tetapi akhirnya terpengaruh kerana desakan dan kesempitan hidup.
Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung.
Bermula dengan hanya melihat, semakin hari Azim semakin seronok menyertai aktiviti dua rakannya itu secara senyap tanpa pengetahuan Suri.
Pelbagai cara serta bermacam jenis bomoh yang mereka temui semata-mata untuk mendapatkan nombor yang perlu dibeli dan dalam masa yang sama, pelbagai kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung.
Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor.
Begitu juga dengan kehidupan Tasnim dan Wan, sehinggakan suatu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka.

Selamat menonton....




:::mcm2 sikap manusia...:::

Salam.... 
manusia hari ini bermacam2 ragam,... mcm2 perangai yg kdg2 buat kita pening... mcm ada sesetengah manusia ni, bila kita bjalan dgn dia, dia xabis2 bcerita ttg kesalahan n keburukan org lain... huh... hairan! kdg2 aku mmg mengelak sgt utk keluar dgn org mcm ni... mgkin dia rasa dirinya perfect sgt, that's y, dia xabis2 menceritakan perihal org lain... hello!! no body is perfect, even diri aku sndri pun, byk kekurangannya... oleh itu, cuba hindari dr mencerita hal org, coz, aku sndri tau, dkg2 kesalahan itu dtg dr diri kau, bkn org yg ko ceritakan... huhu...
lain pula, ada jenis org yg sntiasa dengki dgn apa yg org lain miliki... mula la nak memiliki benda yg sama jg~ huhu... mmg la, setiap manusia punya hak mereka sndri utk memenuhi kehendak masing2, tp, knp bila aku suda ada benda tu, n i told her, that's i already buy it, mulalah, oh ya, bsuk aku pun mo beli la... xpun nnti kol laki ku suruh beli... hello!! blh ka, jgn buat mcm tu?? smpaikan, kain yg aku beli pun, dia beli?????!!! tpksa la, aku simpan dlm kotak kain bju kurung tu.. huh!! dasar, dengki~ bila dicakap, nnti marah~ aiyo, sndri mau ingt la...

ada jgk yg jenis bkin panas... contohnya, sukati jak suruh buat kerjanya, bila dia cuti??? sukati pesan itu dan ini.... hello!!! dia byr gaji aku ka??? tiap kalid ia cuti, aku yg susah.... huhu... tp, kejaku, bila aku cuti, yg dia blh settle kan pun, dia xbuat!! adilkah itu??? n kdg2 yg bkin panas, bila dia minta tlg buat benda tu, ok, i blh tlg dgn ikhlas, but in the end?? bila bos xpuas hati, n bos rasa keja tu salah, dia blh blame aku blik dpn2 bos??? blh ka bgtu??? sdgkan, dia yg bgtau aku ttg benda tu... sengaja ka nak bos marah aku???? hello.... salah sendiri, jgn diletak dibahu org~ wpun aku lbih muda, but,tdk semudah itu mo letakkan kesalahan, yg bukan kesalahan aku, di bahu aku~ very2 bored dgn manusia mcm ni... huhu~ 

ermm, mmg betul la org ckp, kwn baik di tmpt kerja mmg sukar utk ditemui....  dpn baik, blkg cam haram, ada la..... layak ka org sebegitu digelar kwn??? n now, saya rasa ok sedikit, sbb lbih suka buat hal sndri, drpd bkwn dgn org2 mcm tu.... huhu... 
:::ayu:::

Monday, November 22, 2010

:::: Kerja... Kerja...:::

Salam.... saja nak meluahkan perasaan... hihi.... erm, kdg2 geram jgk rasanya, bila berada d opis ni.... ada sorang staff ni, bila dia cuti, sukati jak suruh org buat keja dia... siap bpesan lg... tp, bila aku yg cuti... astaga, bkulat ba keja atas meja tu.. teda yg tlg lgsung, even 1jak pun kong kad yg mo dikira, bila tu KSK mo blik cuti.... huhu... adil ka bgtu???? 

sgt2 bosan suda dgn situasi mcm ni... tlg susah, xtlg susah... tp pling mls, bila part, dia yg buat salah, msuk tmpt bos, dia blame kita pula.. bila kita ckp blik kat dia, dia buat xtau yg dia xperna pun buat kesalahan mcm tu... ok, fine la, aku tau la dia tua dr aku, tp xsemestinya, blh buli org muda mcm aku... salah ttp salah... xkira umur.. tp aku still hormat dia as org lebih tua dr aku... huhu... 
asyik2 mcm tu, asal cuti jak, mcm2 pesanan.... klu dia byr gaji aku xpa jgk.. ni x, dia yg dpt elaun lebih, aku plak kna handle keja2 dia.. puiiii la.... kin panas... pastu bila aku kna mrh, taikkkk kucingnya mo back up aku... aiya... susah ooooo punya officemate mcm ni.... sbr2 kan diri jak la...

Thursday, October 28, 2010

::: JANGAN LUPA JADI ISTERI SETELAH BERGELAR IBU :::

Menurut Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samada isterinya melahirkan seorang anak atau 10 orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan isteri. Tetapi,sambungnya, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.
Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi sendiri,ambil nasi sendiri ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan.
Penat di pejabat dan di rumah pula tidak mendapat layanan isteri. Beliau menekankan,ramai suami tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa terpinggir. Di luar banyak terdapat gejala-gejala yang mengambil alih tugas isterinya di rumah untuk melayan makan-minumnya.
Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, “Encik nak minum, saya siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi….”. Ini akan membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baik sedangkan di rumah dia hanya mendengar kata-kata, “You buat sendirilah, I sibuk nak layan budak-budak ni. I penatlah…”
Tu baru bab lahiriah yang dipinta.. kalau alasan tu juga dibagi waktu berkehendakan hubungan badan.. hmmmm tak tau la cek nak kata.. takut nanti ada isteri2 yang makan hati akhirnyer bila suami menyatakan keinginan utk beristeri satu lagi…:).. Senantiasalah beringat bahawa seorang suami yang menyimpan perasaan marah atau tak puashati terhadap tolakan kita… sepanjang malam kita akan dilaknati oleh malaikat… sehinggalah suami kita memaafkannya. . Kerna itu.. seboleh2nya. .jangan biarkan si suami tertidur sendirian kerna menantikan kehadiran kita menemaninya .. kalau boleh, hentikan dulu kerja2 yang dilakukan.. temani suami buat seketika utk memenuhi keperluan dirinya.. tak semua semua inginkan seks semata2.. ada yang hanya mau lena dipelukan anda atau sebaliknyer. ..
Suami yang longgar pengetahuan agamanya dan tidak tahu tanggungjawab akan mudah berlaku curang walaupun sepatutnya dia membantu dan faham keadaan isteri. Pesan beliau, “Isteri jangan lupa menjadi isteri”. Sambut suami balik dari pejabat, ambil begnya, layan sekejap, tuangkan air dan berikan sentuhan sayang walaupun hanya dua atau tiga minit walau sibuk bagaimana sekalipun. Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini, akhirnya suami lebih senang dilayan oleh wanita lain. Jangan sesekali ambil remeh perkara begini..biasernyer bagi lelaki yang sudah berumahtangga, satu cara utk dier lepaskan bebanan kepala setelah seharian bekerja.. adalah dengan menerima layanan baik dari isteri..sekalipun hanya dengan senyuman isteri dimuka pintu… tatkala itu..dihatinya pasti rasa sungguh gembira kerana ada yang menanti dan meringankan bebanan emosi nya..

Ramai wanita, menurut beliau, selepas mendapat dua atau tiga orang anak akan mulai terlalu yakin diri dan bongkak. Mereka merasakan sudah lama berkawin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau bahasa tuturan. Mereka lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan lemah-lembut. Mereka juga selalunya atau kebanyakkannyer berasa suami harus faham keadaan mereka yang senantiasa diperlukan oleh anak2..ini silap.. sekalipun berapa anak yang diperolehi.. .suami tetap merupakan “Anak Sulung”… walau sayang banyak mana pada anak pun.. suami harus senantiasa didahulukan. …;)

Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat wanita muda mereka boleh terlupa yang diri sudah bergelar suami. Walaupun sudah tua tetapi jiwa muda keluar kembali kecuali di tabir oleh keimanan yang tebal. Yang ada “pendinding” akan sengaja membahasakan diri tua dengan perempuan dibahasakan dirinya ‘Pak cik’ adalah dengan sengaja di lakukan demikian untuk memadam segala keinginan.
Seperti yang sering beliau nyatakan, orang lelaki mudah perasan bilamana keadaan dirinya tak tenteram…dan dikala ini apabila ada wanita muda menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur akan mudah perasan. Malah tambahnya lagi, ada wanita lain yang menghargai dirinya lebih dari isteri yang dirumah yang sentiasa mengomel dan memperkecilkan diri suami.

Friday, October 22, 2010

:::Cermah By Ustaz Mohd Kazim Elias::

Salam n morning all...... today is Friday... yeah! maknanya esok Sabtu! wpun kena keja 8am-5pm, ttp gembira jg coz sabtu adalah hari utk melayari internet sepuas2nya.. wakkakaa... shhhh, nnti kdapatan bos!

ermmm, nak story ckit.... sejak akhir2 ni, suka sgt tgk ceramah by 'Ustaz Mohd Kazim Elias'... mmg best dgr dia ceramah.. tgk melalui FB dia or d you tube...best! memang ceramahnya sgt2 bkesan, kerana diselitkan dgn unsur yg blh mbuatkan kita ketawa, tp setiap apa yg dituturkannya, mmg ada benarnya... n suka dgn cara penyampaiannya, tidakla serius sgt n ada unsur2 jenaka diselitkan, supaya para jemaah / org2 tidak bosan mdgr ceramahnya....

smlm, lgsung xtgk TV, dok layan ceramah dia.. best giler.... so, kpd kwn2 yg berminat, blh search d FB... mmg dia ada FBnya, dan dlm FBnya ada video2 ceramahnya.... 

try view link di atas utk mendengar video ceramahnya.... enjoy!

Thursday, October 21, 2010

:::LELAKI EGO:::

Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah . Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…

Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.
“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,” tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.
Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.
Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.
Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.
Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.
“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”
Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis, “Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..” Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.
Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.
Aku bisikkan ketelinganya, “Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,” pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.
“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.
Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.
Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.
Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.
“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.
Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.
“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.
“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni. “Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.
Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!
Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.
Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain.
Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.
Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.
Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.

Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu. Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.


:::Cinta tidak bersebab:::



TIADA SEBAB UNTUK MENYINTAI... HANYA HATI MERASAKAN.. Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka...
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya?
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

 
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun
begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan disebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu..Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu..Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku
tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang...Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab?

Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab.
Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang.
Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati....."
 
 
'Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari.... Dia datangkan petir dan
kilat.. kita tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar.....tetapi...rupanya-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi...'. 

.:BEING IN A FRIENDSHIP:.

Being in a friendship
Is a release
Because you can share with them your frightening tears,
Being in a friendship
Is a wonderful gift
Because they can wipe away your sadness tears,
Being in a friendship
Is a truly bliss
Because you can laugh in loud and crazy cheers,
Being in a friendship
Are moments to cherish
Because you will remember them when they’re disappears.
 
Being in a friendship
Sometimes it’s hard
When your faith fluctuating in your heart,
Being in a friendship
Sometimes leave marks
When your mind disagree with your friend’s luck.
Being in a friendship
Sometimes put blocks
When your friend start to refuse to talk,
Being in a friendship
Sometimes gain dark
When they leave you alone with no door to knock,
 
Being in a friendship
Bring happiness
They make you laugh like you’re gonna die
Being in a friendship
Bring sadness
They let you cry with their story of lies
Being in a friendship
Brings anger
They let you dash thing but still deny
 
Being in a friendship
Brings everything
That makes your life a perfect journey
Being in a friendship
Is so interesting
When it’s a friendship between you and me.

Wednesday, October 20, 2010

::: Hari Raya Aidilfitri 2010 :::

heeee... rasa2nya mmg dah terlambat utk mbuat post tentang 'Aidilfitri 2010'..... tp, aku ttp nak publish jgk... hehehe.... seperti kebiasaan thun2 yg sudah, raya aidilfitri thun ni, mmg meriah... yg xmeriahnya cuma, aku xlgik dpt 'duit raya'.... hehehehe... ya la, mmg suda sedia maklum, bila suda bkerja, kompom la, xda sepa2 lgik yg bg duit raya, except my boo... hehehe.... n alhamdulillah, thun ni, rezeki agak murah, so dpt la bg2 duit raya kepada sanak saudara yg bwh umur... hehehehe.... 

n alhamdulillah, raya thun ni, giliran beraya d beaufort, dsebabkan raya pertama thun lalu suda beraya d Limbang... msti ikut turn, bru la adil, kan?? hehehe...  dan oleh kerana, raya ke-2 ptg bru blik ke limbang, dapatlah pg beraya ke rmh sedara mara yg tdekat... yg jauh2 tu, blm ada kesempatan utk pg lagi... dan Insyaallah, bila ada rezeki, dan kenderaan dah btukar kpd size yg bsr ckit, xraya pun, blh pergi berziarah, kan? hehe... 

dan, buat pertama kalinya, raya thun ni, dpt bgmbr 1 family.. tp malangnya, gmbr xbrapa nak clear... so, dpt cuci kepada size yg besar utk d framekan d dinding.. dpt cuci size 3R sahaja... hehe... 



dan thun ni, theme colour kmi adalah hijau... hehe... tp utk tdk kelihatan sgt Boria, kmi xla guna kain yg sedondon... janji ada kaler ijau... ehhehehe... family kecik jak.... tp alhamdulillah, bahagia.... hehehe... dan, utk tdk mhampakan, kmi ada jg la mengambil bbrapa keping gmbr utk kenang2ngan time beraya d Beaufort

 Abah & mamacigu... purple theme...


 me & k.ija (bakal2 datin)... hihi










dan, raya ke-2 ptg, me n my boo, meneruskan destinasi ke limbang.... bjumpa my family-in-law....

 my father n mum-in law...

 sis in law... alai n inoi....



  me & my boo...