:::My PaGeS:::

Thursday, December 30, 2010

::: Selamat Tinggal 2010, & Welcome 2011... :::

Salam....
Nampaknya, kita akan mengakhiri tahun 2010.... tggl lbih kurang 1hari saja lg utk kita melangkah ke thun baru.... adakah smua impian n cita2 anda smua d thun 2010 suda tcapai?? ermm, bg aku, ada lg msih yg blm tercapai... dan Insyaallah, akn dimasukkan ke dlm listing 2011.... 
My wish for 2011 :


1. Berazam utk mendapatkan suasana kerja yg lebih tenang ( find a new job)... Insyaallah,  dan mudah2an saya dpt melepasi ujian psikometrik, melangkah ke interview dan seterusnya mdpt peluang pekerjaan itu.... amin...

2. Smoga jodohku dipercepatkan-NYA... amin... semoga perancangan berjalan dgn lancar... amin.... 

3. Semoga keadaan ekonomi aku & dia akan bertambah baik.. Insyaallah...

4. Saya mau on diet! ;p.. smoga aku dpt menahan nafsu mkn yg mbuak2 ini... hihi

5. Semoga aku, dia dan seluruh familyku sntiasa berada dlm keadaan yg baik2 saja... amin...

6. Semoga apa yg saya hajati termakbul dgn izin dr-NYA... amin....

Terlalu byk rasanya kenangan manis & pahit sepanjang thun 2010 ni... kenangan yg byk mengajar utk mematangkan diri.... kenangan yg terlalu pedih utk diingati dan terlalu seronok bila diingat kembali.... semoga thun baru ni, mbuka lembaran baru dlm hidup aku, dia dan semuanya.... semoga membawa seribu kebaikan.. Insyaallah.... amin...

:::ayu:::



Wednesday, December 29, 2010

::: Movie Time - Gulliver's Travel :::






Yeah, smlm g tgk movie ni.... mmg best! suka tgk cerita2 komedi yg mcm ni.... terasa mcm d alam fantasi... tgk ramai sgt org kerdil... hehehe.... btul ka d segi3 bermuda ada mcm ni?? ekekeke... mmg kreatif pengarahnya... xrugi buang duit utk beli tiket movie ni.... so, kpd yg blm tgk cerita ni, better p tgk ya.... gerenti, xmenyesal! ;)

:::ayu:::

Thursday, December 16, 2010

:::: MeNu SeminGgu Utk PenuRuNan BeRat Badan ::::

Isnin
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 mangkuk kecil oat & susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 1 ketul ikan pari bakar dan air asam + 1 cawan ulam + 1 potong betik + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1/2 potong jagung rebus
Makan Malam: 1 keping roti nan + 1/2 ketul ayam tandoori + 4 sudu kuah dhal + 1/2 biji jambu batu + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong

Selasa
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 keping thosai & dal + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 1 mangkuk tomyam campur + 1/2 cawan sayur campur + 1 biji pisang emas + 1 gelas air sirap limau
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 ketul tauhu sumbat
Makan Malam: 1 mangkuk salad + 1 potong tembikai + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong


Rabu
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 mangkuk kecil bijirin sarapan pagi & susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 1 ekor ikan masak pindang & kuah + 1/2 cawan tauhu goreng + 1/2 biji buah jambu batu + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 biji pisang emas
Makan Malam: 1 keping capati + 2 ketul daging + 1/2 cawan dhal + 1 biji belimbing + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1/2 biji buah jambu batu

Khamis
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 keping thosai & dhal + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 mangkuk mi sup-lebihkan sayur + 1 potong betik + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 ketul pulut panggang
Makan Malam: 1 mangkuk yong tau foo-lebihkan sayur + 1/2 biji mangga + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1 potong tembikai

Jumaat
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 gelas minuman bijirin oat (4 sudu) & susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 3 ketul daging masak kari + 1 cawan sayur campur + 6 biji anggur merah + 1 gelas air sirap limau
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 biji epal
Makan Malam: 1 mangkuk sup sayur-tambahkan perencah seperti udang atau ayam + 1 biji mempelam + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong


Sabtu
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 mangkuk soto ayam + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 set sandwich-roti mil penuh & tanpa mayonis + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 potong tembikai
Makan Malam: 1 cawan mi hailam-lebihkan sayur + 1 biji pisang emas + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1 cawan salad


Ahad
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 cawan mihun goreng + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi ayam + 1 ketul ayam + 1/2 cawan salad/timun + 1 potong nanas + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 cawan jagung
Makan Malam: 1 mangkuk sup sayur + 1 biji pear + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1 biji oren

Panduan:

-kurangkan atau elakkan mengambil nasi pada waktu malam
-elakkan dari makan malam selepas pukul 8.00-8.30 malam
-pilih bijirin sarapan pagi yang tinggi fiber
-campurkan sayur-sayuran dan buah-buahan kegemaran dalam salad
-susu yang digunakan adalah susu rendah lemak atau susu skim
-pilih kari tanpa santan atau jika kari bersantan, kurangkan pengambilan kuah
-nasi/mi goreng/hailam/sup/tomyam perlu dilebihkan sayur
-1 ketul ayam atau daging atau ikan merujuk kepada saiz 1 kotak mancis
-amalkan pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
-kurangkan minuman manis terutama kordial dan minuman berkarbonat

::: ayu :::

:::: 100 Tips Diet Terbaik ::::

Salam.....
Harini, saya nak berkongsi tips Diet terbaik.... ye la, mmg azam saya utk tahun 2011 adalah utk menurunkan berat badan yg skg ni, ke bentuk badan yg ideal... Insyaallah.... mmg nakkkk sgt2.... hehehe... Jom kita baca tips2 d bwh ni k.... happing sharing....



100 Tips Diet Terbaik


Anda mempunyai dilema diet yang masih belum diselesaikan?Ikuti 100 tip di bawah:

Apakah yang boleh dilakukan jika saya boleh menerima 1 perubahan diet sahaja?
1. Tambahkan hanya 1 sajian buah atau sayuran sehari. Sesuaikan dahulu penerimaan tubuh, kemudian tambahkan lagi sehingga mencapai 8 hingga 10 sajian sehari.

2. Ambil sekurang-kurangnya 2 sajian buah atau sayuran setiap kali waktu makan.
 
 

3. Tanamkan tekad. Anda tidak mahu 'membesarkan' saiz makanan.

4. Jadikan waktu makan 1 tujuan utk menyihatkan badan.

5. Mula amalkan sarapan pagi yang lengkap.

6. Pastikan pinggan anda diisi dgn separuh sajian sayuran dan/atau buah-buahan setiap kali waktu makan tengahari dan malam.

Adakah sebarang tip mudah untuk mengurangkan kalori?
7. ketika makan di luar, makan hanya setengah dan setengah lagi bungkus bawa balik.

8. Pesan 1 saja pemanis mulut utk dikongsi bersama.

9. Gunakan pinggan salad.
 
 

10. Letakkan makanan di atas pinggan. Jangan makan terus dari balang.

11. Isikan pinggan dgn sayuran dahulu. Kemudian barulah letakkan daging dan nasi.

12. Sekiranya anda minum 8 auns susu rendah lemak sehari, berat badan anda boleh berkurang kira2 2.5 kg setahun.

13. Jus buah-buahan juga tinggi kalori. Bataskan kepada 8 auns sehari.
 
 

14. Dapatkan kalori drpd makanan bukannya minuman.

15. Simpan jurnal makanan.

16. "Makan semasa lapar, berhenti sebelum kenyang"

17. Gunakan sos biji sawi (mustard) berbanding mayonis.
 


18. Lebihkan sup. Sup jernih lebih rendah kalori.

19. Kurangkan atau elakkan terus minuman berkalori seperti soda atau teh manis.
 


20. Bawa bekal makanan sendiri.

21. Duduk tertib semasa makan.

22. Campurkan jus dengan air.

23. Banyakkan makan sayur-sayuran semasa makan tengahari.

24. Makan masakan sendiri di rumah.

25. Hadkan pengambilan alkohol. <---non muslim

Bagaimana caranya untuk menikmati sayur-sayuran?
26. Ambil jus tomato semasa minum petang.
 


27. jadikan hidangan sayuran lebih menarik dan sedap.

28. Campurkan 3 jenis kekacang di dalam salad.

29. Anda perlu ingat bahawa sup sayur itu sebenarnya adalah sayur.
 

30. keledek juga adalah sayur.

31. Campurkan bayam ke dalam sandwich, sup, pasta dan salad.

32. Jangan lokek untuk membeli sayur yang telah sedia untuk dimakan.

33. Anda benar2 bencikan sayur?Lebihkan buah-buahan.

34. Simpan 7 jenis sayuran yg anda paling suka. Campur, hangatkan dan tambahkan sos kegemaran anda. Mudah kan!

Apakah jampi untuk kekal dgn diet yg diamalkan?
35. "Sajian terbaik makanan tinggi kalori yang jumlahnya sedikit. Sajian terbaik sayur-sayuran yang jumlahnya banyak".

36. "Nafsu makanku hanya sementara apabila tumpuanku pada perkara yg lain".

37. "Saya mahu nikmati hidup lebih lama".

38. "Saya sedang bekerja keras sekarang ini".

39. "Adalah lebih menyakitkan menjadi gemuk berbanding berhenti makan sekarang".

Saya ambil makanan berkhasiat tetapi masih gemuk. Apakah silap saya?
40. Elak waktu makan.(Jangan elak waktu makan)

41. Tidak menganggap diri gemuk. (Diri sendri x kisah susah la beb)

42. Makan terlalu banyak. Bukanlah apa yg anda makan tetapi berapa banyak yg anda makan. (Kalau berkhasiat tapi makan banyak2 camne nak kurus beb)

43. Makan terlalu banyak biskut sebagai snek.

44. Tidak memperdulikan 'saiz sajian' di panel fakta nutrisi.

45. Mengunyah 1 mangkuk penuh kacang sebagai snek.

46. Mengaggap 'energy bar' dan 'fruit smoothie' rendah kalori. (Tinggi kalori ni kalau makan byk2)

Apakah yang boleh saya makan sekiranya saya malas memasak?

47. 'Smoothie' yang dibuat drpd susu rendah lemak, buah-buahan beku dan germa gandum.
 


48. Burger segera paling kecil(dgn sos biji sawi dan sos tomato, bukannya mayonis) dan tanpa minuman berkalori.

49. Sandwich mentega kacang di atas roti gandum penuh bersama satu gelas susu rendah lemak dan sebiji epal.
 


50. Kepingan ayam dan brokoli beku (hangatkan di dalam ketuhar gelombang mikro) bersama keju parmesan.

51. Salad ayam bersama segelas susu rendah lemak.

52. Telur hancur (masak di atas kuali tidak melekat)

53. Sayur beku dihangatkan di dalam ketuhar gelombang mikro, tambahkan keju parmesan dan 2 sudu besar hirisan kacang.

54. Salad tuna, tomato ceri, hirisan keju rendah lemak dan sos itali rendah kalori.

55. Roti gandum penuh bersama hirisan salami, keju rendah lemak, tomato, sos biji sawi bersama lobak putih.

56. Panaskan 1 tin sup.

57. Bijirin, buah dan susu tanpa lemak.

58. Sandwich sayuran.

59. Hirisan buah-buahan bersama yogurt rendah lemak.

Apakah nasihat terbaik utk elak berat badan naik ketika bercuti?
60. Elakkan kata2 "saya sedang bercuti"

61. Makan sedikit sebelum jamuan bermula.

62. Di dalam restoran, jangan duduk dekat dgn makanan.

63. Nikmati makanan tinggi kalori di akhir sekali.

64. Sepanjang percutian, pakai baju yg agak ketat utk mengelakkan ruang pembesaran badan.

65. Jangan kasihan pada makanan.

66. Berjalan2 di sekitar pusat membeli belah sebelum mula membeli.

67. Jadikan senaman 1 keutamaan yg tidak boleh dikompromi.

68. Menari. Inilah aktiviti pembakar lemak yg paling mudah dilakukan.

Saya suka makanan manis, bagaimana hendak mengelakkannya?
69. Sekali sekala, ambil salad kosong utk makan tengahari dan makan malam untuk menikmati pemanis mulut sepenuhnya.

70. Tetapkan hati (memang sukar tetapi berbaloi)

71. Pilihlah aiskrim rendah lemak bersama buah-buahan.

72. Elakkan pemanis mulut selama 2 minggu.

73. Makan lebih banyak buah-buahan (manis juga kan)

74. Nikmati pemanis mulut tetapi hadkan pengambilannya kepada 150 kalori sehari.

75. Cuba pemanis mulut yg kurang manis ini. Koko panas tanpa gula, buah anggur beku, gula2 getah tanpa gula dan aiskrim rendah lemak.

Bagaimana untuk elakkan mengunyah di tengah malam?
76. Ambil sarapan, makan tengahari dan makan malam.

77. Makan di atas meja makan dengan tertib.

78. Nikmati teh perasa raspberi sejuk tanpa gula.

79. Penuhi waktu mlam dgn aktiviti berfaedah selain makan.
 


80. Sekiranya anda makan malam kerana emosi, jauhi balang makanan.

81. Letakkan papan tanda ini di dapur atau peti sejuk "Tutup selepas makan malam"

82. Berus gigi selepas makan.

83. Jangan makan sambil membaca atau menonton tv.

84. Makan malam bukanlah penyebab berat badan naik tetapi berapa banyak jumlah kalori yg masuk pada waktu itu.

Apakah faedah lain yang boleh didapati drpd berdiet?

85. Bebas lemak bukanlah selalunya yg terbaik tetapi ia membantu mengurangkan kalori yg diambil.

86. Mengelak sarapan boleh membuatkan anda mengidam makanan lain. Jadi jangan tinggalkan sarapan.

87. Sekiranya anda terasa lapar pada waktu petang, nikmati segenggam kacang.

88. Belum kenyang? Nikmati secawan yogurt rendah lemak. Perut lapar menyebabkan glukos menurun. Mengambil sedikit makanan berkhasiat merangsang otak dan tubuh anda.

89. Membuat sedikit perubahan pada tabiat makan dan jenis makanan boleh mengurangkan berat badan dgn lebih cepat.

90. Sayuran dan buah-buahan beku adalah lebih baik kerana selalunya ia dibekukan sebaik sahaja dituai, ia menyimpan segala zat nutrien di dalamnya.

91. Bimbang tentang kandungan lemak trans di dalam mentega kacang? Kebanyakan mentega kacang mengandungi kurang drpd 0.5gm lemak trans.

Apakah tip senaman yang boleh membantu?

92. Sebarang jenis senaman membantu menyekat selera makan.

93. Apabila anda bersenam, minum air sekerap mungkin.

94. Pasangkan muzik semasa berjalan atau berjoging, ia akan melekakan anda supaya berjalan atau berjoging lebih jauh.

95. Lakukan yoga. Ia membakar antara 250-350 kalori selama 1 jam.
 


96. Dehidrasi melambatkan kadar metaboliesme sebanyak 3%.Namun, kuncinya bukanlah berapa banyak anda minum tetapi berapa kerap anda minum.

Bagaimana mengendalikan makan kerana emosi? 
 
97. Dapatkan khidmat nasihat pakar diet atau pemakanan.

98. Carilah teman untuk berbual.

99. Sertai kumpulan sokongan yg boleh membantu anda mengurangkan berat badan.
 

100. Melayari internet juga boleh membantu. Layari laman web yg menawarkan program diet. Anda juga boleh bersoal jawab dgn pakar atau kaunselor melaui emel.

Sharing is caring.. selamat mencuba!! ;p

:::ayu:::

Wednesday, December 15, 2010

::: Petua Kecantikan Semulajadi Secara Tradisional :::

Mungkin ramai di antara yang masih tidak mengetahui kepentingan dan kelebihan tumbuhan dan bahan-bahan yang digunakan untuk memasak. Sebenarnya kedua-dua bahan ini boleh digunakan sebagai petua dalam mengekalkan kecantikan khususnya kepada kaum wanita. Bahan-bahan ini membantu wanita untuk sentiasa tampil cantik dan menarik. Selain itu, bahan-bahan ini juga mudah didapati, murah dan cara penyediaannya sebagai petua juga mudah. Tidak susah untuk wanita memiliki dan mengekalkan seri wajah mereka kerana mereka tidak perlu berbelanja besar untuknya.

1.Petua menjaga muka
 
Menghaluskan kulit muka
a) Ambil sebiji tomato masak dan kisar halus. Kemudian lumurkan pada muka kira-kira 20 minit. Setelah itu, bersihkan muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit.



b) Bancuhkan sedikit asam jawa bersama sedikit air dan tepung ubi. Kemudian kacau hingga sebati. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, pupurkan pada muka dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air bersih.





Menegangkan kulit muka
 
a) Ambilkan sedikit tepung ubi kayu dan mentimun tetapi sebelum itu mentimun hendaklah dihancurkan sehingga lumat. Kemudian campurkan kedua-dua bahan tadi dengan sedikit air. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh dengan air bersih.





b) Rebus segenggam biji kani@manjakani di dalam periuk tanah sehinggalah ianya menggelegak dan pekat. Tunggu sehingga ianya suam. Kemudian sapukan pada wajah dan tunggu sehingga kering. Setelah itu, cucilah wajah dengan air bersih. Amalkan selalu.




Menghilangkan jerawat

 
a) Campurkan sedikit asam jawa dengan bedak sejuk. Selawat sebanyak 3 kali. Kemudian sapukan pada muka. Amalkan selalu, InsyaAllah jerawat akan beransur hilang.






b) Tumbukkan sedikit kulit kayu manis dan campurkan bersama dengan bedak sejuk. Lumurkan pada bahagian muka yang mengalami jerawat. Setelah itu, bersihkan muka dengan air bersih. Amalkan selalu.




Merawat kulit berkedut

 
a) Bersihkan sebatang lobak merah dan kemudian parutkan lobak itu. Selepas itu, campurkan parutan lobak bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau hingga sebati dan oleskan pada wajah sekali sehari. Amalkan selalu.






2.Petua menjaga rambut / Mengelakkan rambut gugur 


a) Ambil segenggam daun bunga raya dan beberapa helai daun lidah buaya. Basuh bersih dan kisarkan kedua-dua hingga lumat. Perapkan bahan ini di atas kepala selama satu jam. Lakukan 2 kali seminggu. InsyaAllah rambut akan kekal kuat dan hitam semulajadi.





b) Rendamkan secawan kacang hijau semalaman. Kemudian tapis dan ambil airnya untuk disapu di atas kulit kepala sambil kulit kepala dipicit perlahan. Amalkan selalu. Selain itu, elakkan mengikat rambut dengan getah.




Menghilangkan kelemumur

 
a) Perahkan beberapa biji limau purut atau limau nipis di atas kulit kepala. Lumurkan sehingga rata dan biarkan selama beberapa jam. Untuk hasil terbaik, perapkan rambut dengan tuala. Amalkan selalu. Petua ini juga berguna untuk mengurangkan pening kepala.





Petua-petua ini boleh dicuba dan dilihat keberkesanannya tetapi harus diingat bahawa ianya akan mengambil masa untuk mengetahui keberkesannya. Oleh itu sesiapa yang mencuba petua-petua ini haruslah bersabar untuk mengetahui kesannya dan petua ini haruslah diamalkan selalu. Kebaikan mengamalkan petua yang berasaskan tumbuhan ini adalah kerana ia tidak mengandungi bahan kimia yang boleh memudaratkan manusia.
Selamat mencuba!

:: ayu ::

Tuesday, December 14, 2010

::: Hantu Kak Limah Balik Rumah :::

Salam..... nak cerita pasal filem baru ni.... bru jer tgk on 11 Dec 2010 aritu.... mula2 fikir 2kali jgk nak tgk movie ni... tp, disebabkan dah xda movie best lgik, jd, kmi pun decided tgk cerita ni.,.. masa kmi beli tiket tu, mmg blm ramai yg beli tiket utk jam 930pm... ingt xramai yg tgk ni movie, tp bila dah smpai wktunya, mmg ramai gak la... blh dikatakan, cinema penuh.... 

Sebenarnya, filem ni, kesinambungan dr Filem "Zombie Kampung Pisang".... oleh pengarah Mamat Khalid.... mmg tabik la sama Mamat Khalid, coz dpt mbuat filem sebegini... dan lebih hebat dr Zombie Kg Pisang.... ada peningkatan..... mmg lawak gilak la movie ni... seram tu mmg seram.... lawak pun ia jgk.... mau xtido mlm tgk Hantu Kak Limah tu... perghhh, blh bkin pengsan.... ekekekeke... tp, mmg layannnn abis la movie ni... 4/5 bintang.....




Sinopsis Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah

Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu. Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.
Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.
Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah’



:: ayu ::
 

Thursday, December 9, 2010

::::Anak Emas yang perasan:::

Salam....
today nak bercerita mengenai anak emas..... Anak Emas merupakan simpulan bahasa dalam Bahasa Melayu yang membawa maksud 'anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya'. Dengan makna kata lain anak emas bermaksud 'anak yang sangat ( - sangat ) dikasihi oleh ibu bapanya'. pusinglah ke mana sekalipun, maksud anak emas itu tetap sama... tp, yg saya nak cerita hari ni adalah bkaitan dgn "anak emas bos"... 

btulka anak emas bos?? atau dia sendiri yg perasan??? hahaha... dan, Alhamdulillah, benda yg buruk, akhirnya terbongkar jgk... bak kata org, tahi tu, wlau mcm mn disembunyikan pun, akhirnya kedapatn jgk melalui baunya..... al-kisahnya mcm ni, gara2 annual leave yg suda over, negatif (-) la mksudnya.... mmg normal la, setiap staff yg amik cuti lebih, di anggap sbg Unpaid Leave.... so, sebaik2nya di ganti melalui cara pemotongan gaji or bayaran cash kepada company.... so, saya jgk salah sorang drpd staf yg mpunyai cuti yg (-).... so, penyelesaiannya adalah, mbuat surat kpd company, dgn menyatakan mbayar cuti yg (-) tu melalui pemotongan gaji.... normal la kan.. suda amik lebih, kenala byr.. bkn salah bos pun, tp salah diri sndri.... dan hal saya, sudah settle.... jd, mknanya saya xkan ada utang cuti lg dgn company....

dan, adalah sorang staff ni, staff kesayangan bos, kot... wakakaka.. (perasan btul la staff ni)... dia msuk bilik bos, konon2 nak hantar surat tu la.... tup2 bila kuar, dia bgtau konon2nya, bos xmau potong gaji dia... ksian, coz dia byk anak.... ermmm, logik ka??? adaka bos bgtu baik?? bos bgtu xadil??? ermm, mcm2 pertanyaan yg kluar d otak aku.... dan c budu (aku) dlm pcaya/tidak, mengiyakan jgk la kata2 staff ni.... byk anak??? ermm, salah siapa?? bos ka yg slh sbb ko tlmpau byk anakk??? dan akhirnya, segala penipuan dia telah tbongkar!!! cehhh, nak menipu pun xpndai... aku nmpk surat potongan gaji untuk cuti yg (-).... siap bos sign n fax lg pg HQ ya.... oppss... sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jgk!! 

ermm, smpai skg ni, aku xabis bfikir, apa motifnya nak menipu??? dia dpt duit ka?? or sekadar meraih simpati??? wekkkk, nak muntah aku... aiyooo, saya xhairan jgk la... sbb mmg dah tau pun, dia mmg kaki kelentong... suka bz body hal org, last2 hal dlm kain sndri tbuka.. apa kess??? kononnya berlagak anak emas bos?? wakakaka,, padahal bos layan smua sama rata.. dia jak yg lebih2.... isk2, aku lgsung xjeles ok dgn ko, sbb aku sntiasa bsyukur dgn apa yg aku ada!! ko, ada ke apa2??? oppss, ada, ada kelebihan yg xdimiliki oleh staff2 sana... dan kelebihan itu, hanya org2 yg kenal dia yg tahu.... klu nak disenaraikan, mmg byk... cuma, xbaik nak mengaibkan org.. saya bkn jenis mcm tu, ok.... dan yg pastinya, apa yg dia aibkan org, keaiban itu dtg blik pdnya.... Allah maha adil.... mcm mana byk minyak wangi disembur pun, klu suda bau tu, tetap berbau...... 

dan, aku jgk bsyukur, kerana tidak tsesat bsama2 dgn dia!! tsesat mbuka n mceritakan keaiban org lain!! so, mmg xkan ada org yg akan berani tegur dia, melainkan dia menyedarkan diri dia sndri... sedar2la sblm lebih ramai yg mengetahuinya, ok~

:::ayu:::