:::My PaGeS:::

Tuesday, September 8, 2009

ReNung2kan....

 
 

Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:
"Mana emak?
""Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?"Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga."Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik..? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh.""Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya...
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu. Lalu aku bertanya lagi..,"Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah... Emak Bapak tak mampu.."
."Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".
Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar.
Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan.Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilogram tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri semua barang-barang keperluan tadi, adiknya melompat kegembiraan sambil menjerit...
"Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!".
Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari Raya Korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi.
Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah.Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar. Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu."
Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."
Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari.
Dia berkata...;"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi, "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah.
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"..? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Monday, September 7, 2009

HaPpy bIrthday To my Boo...

Alhamdulillah, hari ini merupakan Hari Lahir Mr Abdul rahman Abdullah@my Boo... i wish he get all sucsess in everything he do... and i always pray for his successfull life... n always hope n pray that our relation ship will last 4ever... n today, i wanna go to find his present... only for the 1 i loVe.... I Love u So Much b... muahhhh...

Saturday, September 5, 2009

Mr & Mrs Rahman...



 
  
  
 

ezad,,,

 
Ezad... my cuz son's... very cute n intelligent boy.. umur baru 1 tahun 3 bulan, but dah pandai menari shuffle... hehhehe... like to play with him.... n he like to laugh... hehee.. kdg2 bila dah boring, aku suka buli dia... hahahha... kdg2 dia smpai tgamam.... hahahhaa..... pantang dgr muzik, mesti dia menari.... nyway, today im go back to kg, n will see him.... rindu pal.. hehe.. :)

Kasih Yang Tak BerpengHuJunG...


 i Hope U all enjoy with This Story.. Just wanna share with all Of U...

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu diruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.
"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung
wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.
Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni?Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.....

"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."
"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja
keras." Apalagi...aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan
menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik. "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi
kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

Friday, September 4, 2009

Nurul Adzwanah@Waway...

Waway is a kind people.. she always help me.... she is a good girl... huh, i miss her so much.,... lama sgt xjmpa dia.... hahah.. dia baik dgn semua org.. semua org berebut nak jadi bestfren dia.. and, alhamdulillah, aku ni merupakan salah 1 bestfrennya... wanna hug u... really2 miss u... bila dikenang masa lalu, terlalu sedih plak rasanya... kmi selalu sama2, even pulang sekolah or jln2 d centre point after pulang sekolah... salah naik bas, smpai kmi d inanam.. ahhaha.. sama2 keluarkan duit biasiswa utk beli jam tangan 1st kita.. kaler biru.. i still remember that...
huh... agak2nya bila la kita dpt bkumpul ramai2kan.... kwn aku yg 1 ni, agak lucu n mgelabah orgnya... perna sekali, dia pg skolah lupa nak seterika, sebelah lengan bjunya.. ahhahaha... sungguh lucu ni... lps tu, aku ingat lg, dia tkut mau msuk kelas B.i, coz dia ckp dia xterer B.I... hahaha.... mcm la kmi ni terer... hahaha... slalu nak escape kelas tu... orgnya lucu, n byk sgt kwn... way, i miss u like crazy.. ehhee..
dulu, slalu share mkanan... rasa nak nangis skg ni coz, sgt2 rindu ko.... me n khaty, always miss u my fren...
hahhaa, suka dgr celoteh ko way.... bila ko becerita, smua ketawa.. apalagi bila dgr cerita ko pasal ko tertolak kepala om masa dlm bas.. ahahhaa... i always remember the times with u.... xperna pudar dlm ingatan...  hope 1 hari nnti, kita dpt lepak2 n cerita2 lg.. rindu nak borak2 dgn kau... n hope our relationship will last 4ever... wanna see u right now... byk pengorbanan yg ko buat utk aku way.. hanya Allah yg dpt bls smua tu.. smoga ko sntiasa bbahagia n berjaya dlm apa yg ko buat....  n hope this coming syawal, i can see u n beraya bsama2 ko... miss u my fren... xdpt lupa gelak tawa ko way.... u alway be my besttest fren 4ever... amin.. amin.. amin...

khadijah Junaidi...

Gelaran nama dia, Khaty@Jah... hehehhe... she is my bestfren too.... kmi ni, 1 area tmpt tggl, but jarang jmpa.. kenal masa kat Teknik Likas... hehehhe... kmi rapat sgt masa Form 5, apa x, masuk kelas kambing.. kekekekekk.. tu la, suka tido n main2 masa form 4... prestasi menurun, so form 5, trus out... hohoho.... kmi duduk sama2 masa form 5... sama2 plak tu kna gelar Tong???? hahaha.. Tong 1 n Tong 2... apa x, bdn besar,... heheh... dia dr dulu mmg minat kaler BLUE.... n Sinchan.... hahaha.. kmi minat lelaki yg sama.. AZIZUL NADRI AWANG... hahahha... ko still ingat ka khaty??? dulu, time skul kmi rapat ngan Mac, Waway n Cla... Siap ada nama gabungan... SHEKHANAZNURAIN...... mudah2an psahabatan kmi bkekalan selamanya... amin.... love u khaty.... bilala agaknya kita mo jmpa ni??? masing2 bz.. xda masa nak jmap.. she like to collect HANDBAG... dan suka bergambar.... hehehhe... org Ranau sejati.. kulit putih... hehehe... love her family so much... n, he had a very special BF.. n aku doakan semoga hubungan kalian bkekalan sehingga ke akhir hayat.. amin.. amin.. amin...
Dulu, masa form 5, kmi ni kaki escape.. bila escape g kelas PKA 3, kwn kmi yg sorang tu selalu mrh.. sepa lg klu bukan NAZRI.... hahhaha... khaty, do u still remember, kejadian aku jatuh longkang??? hahahha.. depan kedai potostat.. dehhh, malu gilak.. n kita sgt hepi bila mendapat patung dr c syamreh... n thanks for patung PUCCA yg ko bg... i really appreciate it.... dulu, aku selalu lepak n tido rmh ko kan.. but now, mcm xsmpt nak jmpa ko.... miss u my fren.... byk jg kenangan kita kan.... kenangan terindah... semoga persahabatan kita bkekalan selamanya.. amin....

Dayang... Sheila ... Dayang...

Dayangku Norsheila@Cla... hehehe... ni kwn aku yg pling slumber gilak.. paling rock.. dulu, aisyemen, punya alim pakai tudung, now, mcm aku jg tudung dah terbang kna tiup angin... hehehehe... ni pun perangai mcm cdah jg, suka pertahankan kwn2... thats y i love being her fren... actually, kmi dah kenal lama, dr thun 2002, kat Teknik Likas, tp dulu, xrapat la.. nama jak fren, but bila jmpa senyum jak.. xbesa sgt... tp, alhamdulillah, masa kat Poli KK, kami rapat menjadi sahabat.. walaupun dia amik sijil n aku amik diploma, psahabatan kmi agak rapat... sama jg mcm cdah.. best sgt2.... kami suka curi2 kluar asrama time mlm2... smpai nama naik tmpt warden, tp kmi xkisah, janji kmi hepi... hehehe.... kmi ni 1 kepala... hehehe... sama2 cdah.... perna dulu, time duduk hostel, kmi kena lain blok, so, aku, cdah n kwn2 lain, p buat projek mlm2 p angkut brg2 c cla ni pindah kat blok kmi... hehehhe... bru best.. mn syok tpisah2 kan... perna jg, kmi gila2 p buat ambuyat@sagu.. mkn ramai2... cdah punya plan la tu, mkn sagu+ikan sardin.. mmm, sedap jg kan.. ahhahaa... kenangan lalu, masi kemas tersimpan dlm kotak ingatanku.. xmgkin aku dpt lupakan kenangan bsama kalian smua.. u all r the bestest fren i ever had...
tp boring2 kmi tido kat rmh ko kan cla??? bestnya... bila mlm sejuk sgt ni, dengar lg bunyi2an ombak.. ntah bila lg la dpt bkumpul ramai2 ni cla... cla ni best, nmpk jak mcm kasar, kdg2 mcm tomboy, tp hatinya baik.... love u cla... hehehe.... skg ni dia dah keja kat Johor, jauh sgt.. lama xjmpa.. hope raya ni dpt jmpa.... amin... smoga psahabatan kita akan bkekalan sehingga ke akhirnya.... amin.. amin.. amin...

my engagement pic...

my engagement day....

alhamdulillah, pada 28 Februari 2009, aku selamat ditunangkan dgn Mr Abdul Rahman Abdullah... dan pada tarikh itu jg, genaplah 4 thun anniversary kami... :)... im happy to be his Fiance,,, he is a good man.. and really a work hard man.... that y i love him... wpun, dia ni xberapa romantik... hehehhe...  pada hari pertunangan tu, kmi mmg suda bercadang nak wat hantaran dulang 7 balas 9 .. but, alhamdulillah, rezeki pada hari tu, saya dpt 20 dulang, n my boo get 13 dulang.... rezeki.... byk saudara yg nak bg kmi hadiah.. alhamdulillah, kmi terima dgn tangan yg terbuka..,... dan kami juga buat yg tbaik utk mgembirakan keluarga kmi... dan alhamdulillah, pada hari itu, ramai yg datang bertandang, dr pihak lelaki, ada 8 buah kereta=40 orang... amin...... yg bestnya, dpt mengeratkan silatulrahim..... alhamdulillah.. semoga phubungan silatulrahim ini bertambah erat... thanks for all our family coz sudi dtg memeriahkan majlis.... love u all.......

my BesFren@ my 1st Roommate...

Siti Nurashidah Ameng@cdah.... alhamdulillah, dia sudah pun berkahwin dgn jejaka pilihan hatinya.... seronok bila tgk dia bhgia... hampir setahun lebih dia melangsungkan pkahwinan... cdah ni adalah Taiko masa kat Politeknik Kota Kinabalu.... dia adalah roomate ku yg paling sporting n sgt pembersih... hehehe...
the bestest roommate i ever had... rindu plak saat2 d hostel dulu.... dulu, cdah ni nakal, but now she already
change n become a muslimah sejati... alhamdulillah... dia dah jd isteri dan ibu kepada seorang baby Danish yg comel.... nak tgk muka baby Danish? 
 
comel kan?.... mayb, on january, i will come to Kuching n go to see Baby Danish yg comel.... hehehhe,...
cdah, u r really best fren... n i know u have hati yg suci dan baik.... cdah ni pun pandai masak.. i like to eat masakan dia... specially,  Chicken Mayonis n laksa sarwak.. very delicious.. n sgt rindu nak mkn sate n kuah sate serta lemang yg mak dia buat.. sedap... susah nak dpt kat cnie...
cdah ni seorang yg suka kesempurnaan... i know her.... coz aku dah bkwn dgn dia dlm tempoh 3 thun... hehehhe.... bila dia nak msk, mesti smua bhn2 tu ckup, even 1 pun xblh kurang... that is what i call kesempurnaan...... hehhehe.... dulu, masa kat hostel, dia pling takut dgn patung yg berbulu... dia akan buat apa jak dgn org yg takutkan dia dgn patung tu... i now, coz aku dah perna kena dulu, kena geletek oleh cdah, smpai tguling2 d lantai n kluar air mata.. isk2... taubat dah, xnak kacau lg... lg 1, dia ni suka menggigit.. klu dia geram jak, kompom, aku la jd mangsa dia... hehehe.. smpai biru lengan aku kdg2... hohoho... tp, walau apapun, aku ttp tabik ngan cdah, coz, dia ni akan pertahankan kwn dia... jgn sesekali kacau kawan dia, klu x, mmg abis la kamu akan kna oleh dia blik.. dia ni, nmpk lembut, but keras ckit.. hehehe....
walau apa pun, i really miss u cdah... lama btul xjmpa kan.... hehehe.. byk kenangan manis n pahit kmi sama2... really appreciate that i have u as my fren.. hope, our relationship akan bkekalan ke akhir hayat.. amin..... love u my fren... aku doakan semoga ko beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat.. amin...

Thursday, September 3, 2009

Relaku Pujuk....

 
 askum.... above picture is me n my boo...
starting 28.02.2005 n hope untill my last breath.... really appreciate his love to me.... perkenalan yg bmula pada thun 2005, di Politeknik KK... pkenalan yg xdisengajakan.... he get my num from his friend... mgkin inilah yg dinamakan jodoh.... bmula dr saat itu, kmi sentiasa bhubungan melalui telefon... alhamdulillah, smpai la dpt mengikat tali pertunangan... i love him so much... 
walaupun dia berasal jauh dr sarawak... kalau sudah dinamakan jodoh xkemana kan.... byk kenangan manis n pahit antara kmi... start time study n now, dah keja... dulu, kmi susah, lgsung xda apa2... kmi sama2 mbangun... sama2 berusaha utk mengecapi kejayaan... 1 demi 1 harta yg kmi dpt kumpul... masa study mmg susah... mo dating pun kdg2 bfikir lagi... dosent have enough money to spend.. hanya ckup utk study jak... hehehe.... tp gatal jg nak bcinta... 
dan alhamdulillah, abis jak study, masing2 dpt keja, tp dia dah start keja masa semester 5... amik sub keja ckit2 dr luar.. ada jg bkin pakai utk tgk wayang n mkn... hehehhe... thats y i love him... dia pndai amik hati n jaga hatiku.... dia jg pndai mcari rezeki utk kmi 2.. alhamdulillah... rajin keja n pandai melakukan pelbagai keja.... bmula dgn site supervisor, n now, QS.. hehehe.... 
i hope our relationship will last 4ever.... sampai ke akhir hayat... skg ni tgh bz menyinpan duit utk kawen.. hehehhee...doakan kebahagiaan kmi ya.. amin... encik Abdul Rahman Abdullah, i love u so much baby.... muahhh..

facebook....

1st of all, i want to thank u to facebook... u know y? coz facebook already done it jobs~~ hehehhe... facebook telah menemukan aku dgn kwn2 lamaku yg sudah sekian lama tidak bjumpa... love facebook... heheheh... dgn adanya facebook, secara plahan2 aku tlh bjumpa smula dgn kwn2 ku yg sejak dr tadika lg.... itulah kebaikan mgunakan facebook... xtaula pulak, kalau ada sesetengah org menyalah gunakan facebook ni....
 

 

kenangan silam...

tetiba jak teringat kenangan lama.... rindu plak ngan teman2 lama... yg agak lucu n mencuit hati.. hehhehe... sekolah SRK St Paul sgt byk kenangan.. sekolah yg terletak d atas bukit.. xsmua skolah tletak di atas bukit mcm sekolahku.. itulah salah satu keistimewaannya... hehehhe.. udara segar dan nyaman, walaupun sgt lenguh kaki ini utk mdakinya... hehehe... tp wlau apa pun, terdapat 1001 kenangan di sekolah tu... rindu banget dehhh.. bak kata org indon.. hehehhehe... masi ingt lg semasa thun 6 1998, suka sgt main 1 permainan... POLICE & THIEF.. teman2 sepermainanku, zura, ct anizah, bibi, raine, pejal, nojee, sepul n hairi... ntah drg still ingt lg or x... kdg2 ada jg teman lain yg join... bila diingat kembali, terasa ingin kembali ke saat itu... tp, bak kata pepatah, sejarah xkan berulang, ianya hanya blh disimpan sbg kenangan terindah.... azura, ct kwn2 1 tadika aku.. dah 18 thun kita kenal... love u all babe....
tp aku ttp bangga sbb kwn2 aku ni smua bakal2 menjadi contoh kpd bangsa n negara.. coz, smua sudah mpunyai kerjaya masing2.. ada kjg yg still bhempas pulas d menara gading.. hehehe.. terutama c zura... still lg kusut pkiran study... itu dia sndri yg ckp.. hehehe... Ct anizah keja sbg pembantu makmal kat hospital sandakan, bibi, keja staff nurse kat hospital beaufort, pejal, keja kat SESB, raine, nurse jg.. mayb kat sandakan.. aku, keja kat company swasta jak... but, it is better drpd menganggur, right?? hehehe.. aku dgr sepul plak, bakal2 jd peguam... hairi?? xtau mn dia mhilang.. long time not see him... nojee?? dah dekat 10 thun xcontact dia.. xtau mn dia skg ni.. try cari kat facebook, xjmpa jugak...
agak2nya bilala dpt kumpulkan smua ramai2...
miss smua sgt2.... msti gamat kan klu dpt kumpul ramai2.... kwn seperjuangan... kwn sepermainan... wohooo... best eh... siap blh ada nama gelaran bapa2 lg ni... sayap ayam, kuali, selamat ari raya, pistol, majerin, alif ba ta sa jim mamud... pak lebai.. hehehe.... smua tu hanya tggl kenangan... tp masi segar dlm ingatan... terasa mcm bru smlm meninggalkan srk st paul.. ttp sbnrnya suda lebih 10 thun kmi smua meninggalkan skolah tu... hope, persahabatan yg dibina ni bkekalan hgga ke akhir hayat.. amin...
skolah menengah plak lain cerita.. lain kwn, n lain group.. hehehe... mula2 sedih jg coz tpisah2 dr kwn2 lama..., tp nasib baik kwn2 bru ni ok... geng sekolah menengah, lily, beth, nelly, cla bernard, azwan, manja, sepul tani, then ada jg kwn2 lama yg 1 skul time skolah menengah... tu yg agak best.....  kwn2 yg memahami... ada kisah suka dan duka... guys, thanks 4 all your love n this relationship.... love u all very much...
tingkatan 4 plak aku pindah kat teknik likas... sana pun aku jumpa sahabat2 yg best dan sporting.. waway, khaty, cla, fatin... aku xlupa smua kenangan kita kat teknik... u r the best fren i have... love u all.. hope this relationship were last 4ever... waway is the one bestest person.. she always ada bila aku perlukan dia... selalu bkorban utk aku.. rindunya kat waway... khaty, kmi sama2 msuk kelas kambing time form 5.. tu la, mls belajar form 4.. ehehhe./.. lawak jg bila ingt.. tp ada hikmah dsbaliknya... alhamdulillah, bila sj kna msukkan kelas kambing, aku automatik rajin study... n last2 bila exam, aku dpt no 1... alhamdulillah.. wlaupun xsehebat kelas pandai, tp bila dicompare, aku dpt ranking ke-9 d kelas pndai.. ok la kan? sbb sblm tu, aku asyik dpt no 30++... hahaha.,.. klu xda semangat aku masa tu, mgkin, aku xberada d opis aku skg ni.... love u all my fren...
pastu, zaman diploma plak, geng aku kbanyakkan bdk swk.. cdah, ateh, eisya... n masa d poli ni la, aku rapat ngan cla (kwn kat teknik dulu).... apa2 kmi smua buat sama2... roommate awal aku, cdah... best.. sehati sejiwa.. tp masa kat poli ni, kmi agak nakal ckit... suka keluar lewat mlm.... suka pindah2 bilik hostel sukati.. ahhaa... blik2 nama naik tmpt warden... tp kmi xla melakukan kegiatan jenayah la... hehhee...
byk kenangan manis kat poli ni.. sni jg la aku bljr escape puasa.. hehehehe.... bila penat mengukur jak, blik bilik, minum oren.. cdah la ketua.. hehehe.. but now, alhamdulillah, cdah is a muslimah sejati..... suka dgn perubahan dia.. mayb 1 day, i want to foolow her... cla, skg ni keja kat johor... eisya, kat negeri asal, swk.. cdah pun sama.. cdah n eisya dah kawen.. alhamdulillah.. mudah2an kebahagiaan milik mereka.. amin... cdah dah dikurniakan seorang baby boy yg cute.. mohd danish.. so cute... n insyaallah, on january 2010, i will go to kuching n meet baby danish... hehehe... miss u all so much ma fren... suka la, bila kita ramai2 masak suffer.. mkn tgh mlm... tgh2 sbuk masak, tiba2 warden plaj buat spotchek.. tpksala sembunyikan periuk nasi yg panas2 tu dlm beg kat dlm almari.. ahahha~~.. but it is a kenangan manis... siap ikut ptandingan tarian lagi.. ahahha... lucu plak bila tgk blik tu video, aku menari mcm kayu balak jak.. keras!!!! hahahhaha.... but, it very best.. kenangan terindah... alhamdulillah aku dikurniakan kwn2 yg best...
aku dikurniakan kwn2 yg sporting dr aku tadika smpai aku dpt diploma... but now, bila dah keja, situasi jd lain... kwn makan kawan... not kwn tolong kwn... kna terima hakikat bahawa, ini smua berlaku... xsmua org blh kita percaya.... thats y, aku lbih suka kwn2 masa belajar dr kwn ms keja... xda yg best.....
i love my fren so much...