:::My PaGeS:::

Friday, April 8, 2011

::: Really need a Kaunselor / Pakar Psikiatrik... ::

Salam....
Sebenarnya, semenjak 2 menjak ni, ada saja yg sering mengganggu fikiranku.... mmg, seboleh2nya, aku tidak mahu memikirkannya... mahu sentiasa fikirkan benda yg +ve... but, i can't!! tdk tahu mcm mn & bgaimana mahu nyahkan perkara2 ni dr fikiran... puas suda cuba, tp xblh... mmg, aku sgt2 'HATE MY FEELING" right now... terasa mahu meluahkan kepada seseorang, tp tdk tahu kpd sesiapa... sbb, sekarang ni, tdk ada 1 org pun yg sgt2 aku percayai utk aku meluahkan apa yg terbuku d hati... arghhh, that's y, i really2 need a kaunselor... sekurang2nya dpt meringankan apa yg terbeban d benak, hati n bahuku.... byk kali suda aku berishtigfar, tp xtau knp setan2 ni ttp jg mhasut aku bpikir benda yg -ve.......... mmg, sungguh tdk selesa dgn keadaan mcm ni.... :'(

terlampau byk benda yg berlegar2 d kepala otak ni... tlmpau byk yg negatif... rasa mahu menangis sepuas2nya... hati aku ni, sentiasa tidak puas dgn apa yg diterangkan... Ya Allah, ko berikanla aku kekuatan... tdk tahu, bahu siapa yg aku blh pinjam, utk menangis sepuas2nya.... tdk tahu, siapa yg blh berikan aku ketengan hati yg btul2 blh membuatkan aku berkeadaan stabil.... aku mahukan suasana hidup spt yg dulu2... happy go lucky, tanpa pikir apa2 pun... tp, itu hanyalah fantasi.... sbb, aku mmg kena bdepan dgn realiti yg kdg2 mmg menyakitkan dan yg aku sndri pun kdg2 tdk pasti..... how i wish, someone can make me happy right now, can understand me...

Thursday, March 17, 2011

:::Antara Sombong..Bongkak..Angkuh dan Takbur ..:::




Salam....

Seperti yg kita sedia maklum, tentu ramai yg mengetahui apa itu Sombong, Bongkak, Angkuh & Takbur.... walaupun kita nampak perbezaan perkataan, namun, maksudnya tetap sama.... satu pengertian yang sama, iaitu sifat mazmumah (sifat tercela @ keji). Sekelumit sifat itu menjadi kebencian dan kemurkaan Allah serta boleh menghalang kita mendapat balasan syurga...

 Kdg2, bila kita berdepan dgn org yg mcm ni, mmg secara automatiknya, kita akan rasa sakit hati.... ya la, kdg2, apa yg dia ckp tu bkn semuanya betul... kdg2 hanya ingin menegakkan benang yg basah.... kdg2 hanya sekadar ingin menunjuk2... sifatnya yg menunjukkan dirinya sahaja yg mampu & boleh memiliki sesuatu tanpa berfikir, org lain jg mampu dan boleh memilikinya tanpa perlu menunjuk2 / riak.... sifat yg mcm tu, kdg2 hanya menjatuhkan maruah sndri... hanya akan menyebabkan org lain memandang rendah kepada individu tersebut.... i'm sick with people like that!

Takbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakan. Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggap lebih rendah ilmu pengetahuan daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan iaitu tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat orang lain... org yg mcm ni, memang tidak tahu hukum karma.... sebb, sentiasa ingt dirinya betul, hebat & paling bagus,,,... tidak perna memikirkan perasaan org lain bila berkata2.... tanpa perna berfikir, hidup umpama roda.... kejap kita d atas, dan kejap kita d bwh.... dan, tidak perna terfikir bahawa, 1 hari nnti, org yg dipandang rendah itulah, tempat dia meminta pertolongan....


:::ayu:::

Wednesday, March 16, 2011

::: Berdirinya Masjid :::

Salam....
Rasanya, masih blm terlambat lg utk menulis tentang aktiviti mggu lalu.... mmg bz, bz pergi kenduri kahwen... hehe... tp, syok jg sekali2 pegi majlis2 macam ni... jd, bila sndri mahu 'Mendirikan Masjid", Insyaallah, org ramai pun akan dtg, bila dijemput.... mmg macam ni la kejadiannya bila musim cuti sekolah, org ramai mengambil kesempatan utk mbuat majlis sebegini, tujuannya, supaya sanak saudara yg dr jauh dpt pulang utk sama2 meraikannya.... dan, mggu lalu, me & my boo telah balik ke limbang utk meraikan sepupunya yg mendirikan masjid... actually, d beaufort pun, ramai jg yg kawen, tp xdpt pegi...

c hubby yg ceria dlm perjalanan blik Limbang.... ;)



us, with Pengantin Baru..... Mudah2an berjangkit... amin... ;)

p/s : congrats to kakak ina... May Allah bless both of u... semoga berkekalan ke akhir hayat....  
To Hubby : mudah2an apa yg kita rancangkan berjalan dgn lancar... amin.... 

:::ayu:::

Monday, February 28, 2011

::: Happy 6th Year Anniversary... :::


 Salam.....
Alahmdulillah, hari ini, genaplah usia perkenalan kami yg ke-6 tahun.... dan juga, usia pertunangan kami yg mencecah 2tahun.... Alhamdulillah, syukur kepada-NYA.... Usia 6-tahun, bknlah tempoh yg singkat... mmg agak lama.... pelbagai onak duri, ranjau serta suka & duka telah kami tempuhi... tipulah kalau aku ckp, dlm tempoh 6tahun yg kami lalui, kami tidak pernah bergaduh.... bak kata pepatah " sedangkan Lidah lg tergigit, Inikan pula suami isteri......" Perselisihan faham merupakan salah satu perkara yg akan berlaku di dlm setiap perhubungan.... tetapi, itu semua dr kita, mcm mana & bagaiman kita harus menyelesaikan setiap mslh2 yg berlaku.... bila kita bersedia utk menjalinkan sesuatu perhubungan, itu bermakna, kita jg telah siap utk menempuhi pahit manis dlm sesebuah hubungan itu..... kena terima manis dan pahit yg terjadi... memang indah dan bahagia rasanya melalui saat2 yg manis dlm perhubungan, tetapi, tanpa kepahitan & perselisihan faham, kita tidak mungkin mendapat pengalaman yg berharga.... dan tidak mungkin kita dpt mematangkan diri kita dlm sesebuah hubungan itu...

 

Alhamdulillah, kerana dlm tempoh perkenalan kmi selama ini, kami dpt menempuhi dugaan2 yg telah diberikan-Nya..... Dugaan yg kdg2 mbuatkan diri terasa seperti mahu terduduk kerana tidak mampu utk menempuhinya.... tetapi, alhamdulillah kami seringkali diberi kekuatan oleh-NYA.... Dan, semoga apa yg kami rancangkan pada tahun ini akan berjalan lancar tanpa sebarang halangan..... Insyaallah.... 



Allah Yang Maha Pemurah, Terima Kasih…
Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya.
Terima kasih untuk saat-saat indah yang telah kami nikmati bersama
Terima kasih setiap pertemuan yang telah kami lalui bersama
Terima kasih setiap saat-saat yang lalu. Aku datang bersujud pada-Mu,
Sucikan hatiku ya Allah,
agar dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.
Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya…
janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya.
Kikislah pesonanya dari setiap pelusuk mataku,
dan usirlah dia dari relung hatiku
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini,
dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Bantulah aku agar dapat mengasihinya hanya sebagai seorang sahabat.
Tetapi jika Engkau ciptakan dia untukku, ya Allah,
satukan hati kami…
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya
Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku yang telah Engkau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan dukaku dengannya.
Ya Allah Maha Pengasih,
dengarkanlah doaku ini…
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.
Allah Yang Maha Kekal,
aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku,
luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
Semuanya ini mengajar aku untuk hidup lebih dekat dengan-Mu,
untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju jalan terang-Mu.
bimbinglah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.
Jadikanlah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang terjadi dalam setiap hidupku, Ya Allah.



aku jg memohon kepadamu ya Allah, Kau limpahkan la segala rahmat & kebaikan ke atas perhubungan kami agar kami dpt membina sebuah kehidupan yg bahagia dgn ikatan yg suci.... dan kau pelihara la kami agar kami berada d landasan-Mu ya Allah.... semoga ikatan ini akan berakhir ke jinjang pelamin & semoga ianya akan berkekalan sehingga ke akhir hayat, serta dikurniakan keturunan yg baik2... amin....



p/s : for my hubby, thanks for everythings u've done to me.... hanya Allah yg tahu, betapa aku mencintaimu.... kasih sygku tidak dpt dinilai dgn wang ringgit... dan, maafkan aku sekiranya, aku telah byk menyakiti hatimu sepanjang perhubungan kita.... semoga cinta kita akan terus mekar selamanya... amin....

:::ayu:::

Friday, January 21, 2011

::: Mee Kari :::

Salam.....
rasanya, dr hari isnin lg terasa tekak ni nak mkn mee kari... n bru semalam aku mpunyai masa utk mbuat mee kari... ekeke... 1st time mcubanya, dan akhirnya, jd jgk.... my darling, siap menambah lg.... ekekee... sedap la tu kot... dia siap ckp, errm, blh suda aku buka gerai mee kari... ekeke... sbb, before dia mkn, aku ada pesan, if ada rasa yg tkurang, bgtau jak... nxt time if buat lg, blh kasi sedap lg...

mula2 tu, rasa takut jgk if dia komplen pedas.... mn tau, tiba2 nak tmbh plak... ekeke... aku buat mee kari simplke jak.. janji, mee kari... aku ada tmbh kari kerang jgk (yg dlm tin punya tuuu)... sbb, klu nak beli kerang mentah, d mn la nak cri yer, klu ada pun, kompom mahal... ekeke... 

Tadaaaa... this is my Mee kari... buat dgn air tgn sndri tau.... hehehe... gmbr ni di ambil waktu tgh mkn... lupa amik swaktu mee blm kna mkn..... ;)


sblm ni, ada buat mcm2 resepi.,.. haha.. tp lupa nak take pic.... bila suda abis, bru teringat... ekekeke... xpa, nxt time, saya updated lg k.... resepi from my kitchen.... hehehe... actually, aku byk bljr resepi dr internet.. suka ty mcm2 resepi baru.... selalu msuk dlm web myresepi.my... mmg byk resepi2 yg menarik... smua resepi ada... dr desserts, smpaila ke mkanan yg berat2.... so, if u olls ada masa, rajin2 la ke web tu ya.... ok, nak share resepi mee kari kat cni.... if ada masa, try la k.... 


Bahan-bahan
  • 3 camb lada giling
  • * 6 ulas bawang merah
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 3 cm halia
  • * 2 cm lengkuas
  • * 2 btg serai
  • 2 kiub ayam Knorr
  • 5 camb serbuk kari
  • 2 kpg asam gelugor 
  • 5 keping sayap ayam
  • 1 paket fish cake 
  • fishball 
  • 1 tin kecil kari kerang
  • santan dari 1 biji kelapa
  • garam secukup rasa
  • minyak utk menumis
  • daun bawang/sup (dihiris)
  • lada merah (dihiris)
  • 5 biji limau kasturi dibelah dua
  • I kg mee kuning
  • Taugeh (dibuang akarnya)
  • 5 bii telur rebus
  • bawang goreng
Cara-cara
  1. Kisar bahan2 yg bertanda * dan tumiskan bersama lada giling hingga garing
  2. Masukkan rempah, kiub ayam knorr & asam keping, biarkan hingga naik minyak
  3. Masukkan fishcake, ayam, kerang, fishball dan santan, renehkan sehingga mendidih.
  4. Hidangkan mee bersama bahan2 yg dihiris, limau kasturi, telur dan bawang goreng
 Selamat mencubaa.... ;)

:::ayu:::

Wednesday, January 19, 2011

::: On diet :::



Salam.... 
"on Diet" merupakan salah satu azam aku pd thun ni... hope sgt2, dpt mendisiplinkan diri utk program ni... hihi... Program Diet sndri, ok.... bkn Marie France Bodyline or Slimming World.... xmampu nak ke sana... hehehe...

Tp, Alhamdulillah.... so far, smuanya berjalan lancar... mmg dpt mengurangkan nasi dlm pemakanan.... stakat 2mggu ni, mmg hanya mengambil nasi hanya 2sudu setiap hari....  dan aku mengamalkan mengambil lebih buah2an & sayur2an..... dan, mengurangkan meminum minuman yg mempunyai kandungan susu manis.... tetapi, hanya membanyakkan minum air suam... harap2 berjaya....




i got my own target.... lps dah mcapai target tu, Insyaallah, nak maintain jak dgn berat bdn yg ideal.... wahhh... harap dpt mencapai target tu before bulan march... amin... hehehe.. selain menginginkan bentuk badan yg langsing, aku jg mahukan kehidupan yg sihat tanpa sebarang penyakit... mengelak lebih baik, dr mengubati kan?? hehe...


Actually, dulu aku mmg perna mengamalkan diet yg mcm ni... dan alhamdulillah, berjaya! dlm tempoh "pantang" diet, aku hanya mkn biskut, bun or kuih.... perna, smpai 2weeks lgsung xmkn nasi.... so far, memamng berat badan trun mendadak.... smpai ada yg ckp, aku amik pil pelangsingan... ekekekk... duii, aku mmg xberani utk mengambil sebarang pil... apatah lg mahukan program pelangsingan badan d pusat2 pelangsingan terkenal, mmg xmampu beb.... ;)

bygkan, dr berat 78kg, blh mencapai turun sehingga 59kg? ekeke... waktu tu, terus buat kebaya ikut body... ekeke... plus, time tu, mmg mengamalkan diet yg ketat + sit up yg MESTI setiap hari.. so, xda perut yg mgeleber mcm skg ni... ekekek.... dan, start mlm td, aku suda buat 50x sit up... hope, berjaya.... bak kata org, hendak seribu daya, xhendak seribu dalih..... chaiyo2...


:::ayu:::

Monday, January 10, 2011

::: Sesi luahan... :::



Salam…. Terasa, agak lama tidak mencatatkan apa2 di ruangan blog ini…. Dan hari ini, buat pertama kali d tahun 2011, saya akan mencoretkan sesuatu d ruangan ini…
Terasa, masa begitu pantas sekali… masa itu terlalu mencemburui kita… bgtu cepat, kita suda berada di tahun 2011…. Ermm, terasa, bru semalam aku memasuki sekolah tadika, dan kini, suda 4 tahun aku bekerja, dan umurku juga suda 25tahun pada tahun ini… ya, mmg sgt2 cepat masa berlalu…. Tanpa kita sedari, kdg2 kita leka membuang masa mcm tu saja…. Termasuk aku… ;)


Dan, kisah yg pling menyayat hati pada awal tahun ini, adalah tentang kisah seorang pelakon “Saiful Yusop”, seorang pelakon, telah pergi meinggalkan kita semua… pergi untuk selamanya dr dunia ini, utk menghadap pencipta-NYA, Allah SWT…. Terasa keinsafan menyelubungi diri… Ajal dan maut di tangan Allah… bila2 masa saja kita akan pergi menyahut panggilan-NYA… ajal tidak mengira usia, jika Allah berkehendakkan kita pergi (mati), maka pergi (mati) lah kita samada di usia tua mahupun muda..… Semoga dipanjangkan umur, utk lebih bersedia (bekalan utk akhirat) menghadapi-NYA… amin… semoga saudara2 kita yg sudah kembali ke rahmatullah, ditempatkan dikalangan org2 yg beriman…. Amin…
Hari ini, awal2 pg lg aku punya darah suda menyirap… huh… mmg kurang ajar sungguh pekerja tu pg td…. Tiada adab bila bercakap… mmg la, semua org perna melakukan kesilapan… diapun sama! Saya tau, saya silap, tp tlg bercakap dgn intonasi yg sopan bila mahu menyelesaikan sesuatu perkara… Jgn main tuduh dgn menuding jari “m’hightlight” kesalahan org…. pg blik Negara asal la…. Blm tau dpt gaji setinggi itu… huhu…
Lg luahan berat hati… aku suda sgt muak ditindas org.. adakah salah utk aku berdendam?? Mmg org ckp, bila org menyakitkan hati kita, maafkan org itu supaya kita dpt ketenangan hati… tp, xtau knp hati aku ni susah utk memaafkan org2 yg telah menyakitkan hati aku…. Hati aku sungguh keras mcm batu… ya, nobody is perfect…. Sdgkan Nabi ampun kan umat… tp, mmg sukar utk aku mhapuskan dendam d hati… biarpun bila bdpn dgn org2 itu, aku blh bermulut manis, tp hatiku mmg xkan dpt memaafkan org2 itu…. Mgkin, kalau sekali org2 tu menyakiti n menindas aku, mgkin blh dimaafkan, tp ini suda berkali2… susah utk dimaafkan… apalagi, ada yg menyentuh sensivitiku… terasa luka yg amat dalam…. Sdgkan, seiingatku, aku tdk perna menyusahkan, n mengganggu gugat hidup org2 itu… hanya Allah yg tahu perasaan ku tika ini… 



wpun aku berdendam, tp aku x pernah berniat utk membalas dendam terhadap mereka2 itu…. Hanya berserah kepada Allah agar mereka mendapat balasan yg setimpal dgn apa yg mereka buat kepada aku…. Itulah sbbnya, kini aku lebih suka buat hal sendiri tanpa memperduli hal org lain… sbb aku mmg xsuka menjaga tepi kain org lain… sbb kdg2 tepi kain aku sndri tidak terjaga…. Lgpun aku tau, time aku susah tidak ada org yg dtg cuba menolong.. smua hal aku buat sndri… smua aku tggung sendiri… dan Alhamdulillah tunang tersayang n family ada bersama ketika aku susah…. Aku sgt2 menghargainya… terutama tunangku yg sntiasa memahami situasiku dan sntiasa ada utk m’hadapi susah sng bersama2….

I really appreciate it… smoga hubungan kita smpai ke akhir hayat…. Amin….
Kepada tunang tersayang, semoga kasih sayang kita makin kuat….. terlalu byk rasanya rintangan yg tpksa kita tempuhi, wpun dr pndangan mata org lain, mgkin phubungan kita tenang tnpa gangguan… tp walhal, hanya Allah yg tahu…. Ingt lg, sewaktu kita susah, terlalu ramai org yg memandang rendah dgn kita… tp Allah itu maha adil, dan maha mengetahui…. Setiap yg susah, jika rajin berusaha, Insyaallah akan beroleh sedikit sbyk kesenangan… dan Alhamdulillah, kita tidak perna lupa insan2 yg tersayang (family)…. Teringat sewaktu mula2 kita merangkak mahu mendapatkan apa yg kita ada skg, byk mata yg memandang sinis ke arah kita… aku tahu, ramai manusia2 yg mempertikaian kemampuan kita… kita tidak dipandang pun walau hanya sebelah mata… malah, lebih ramai yg mentertawakan kita…. 

Dlm diam, aku tahu, ramai yg mengutuk kita…. Tapi Alhamdulillah, kita mampu mengatasinya tanpa membalas apa yg mereka katakan…. Malah, ada manusia2 yg mendebik dada dgn kita dulu, skg ni terpaksa menjilat ludah mereka kembali utk meminta pertolongan dgn kita…. Dan Alhamdulillah, kita dpt menolong mereka dgn seikhlas hati…..

Masa aku dan tunangku susah, ramai yg sibuk mencanang ke sana sini, seolah2 mentertawakan kesusahan kita…. Seolah2 hidup mereka tidak pandai susah…. Aku tahu semua itu, Cuma aku pendamkan saja…. Wpun hati ni calar2 luka dgn perilaku mereka, tp ku tahankan saja…. Perna, suatu ketika, 4 tahun yg lalu, aku sgt2 kesempitan duit… perna meminjam dgn slh seorang dr mereka2 ini… bkn byk pun nilainya.. Cuma rm50…. Dan terlambat byr ckit….  Dia kol opisku menagih dgn nada yg marah2, seolah2 aku berhutang rm5 ribu dgn dia…. Ya.. saya paham, mmg adat bila “meminjam” kena byr balik…. Dan ptgnya, saya pergi ke tmpt dia, utk membayar duit tu.. dan meminta maaf kerana kelewatan membayar…. Dan dgn muka yg angkuh dia mengambilnya… fine.. saya x membalas kerana, saya tahu salah saya… Dan,saya tahu dia telah mencanang hal itu d kgnya… aku hanya mampu berdiam diri tanpa mampu bersuara…. Aku tahu, aku suda salah meminjam kepada org mcm tu…. Dan, Allah maha adil, smua perbuatan mdpt balasan… tdk beberapa lama lepas itu, dia telefon aku menangis2, mahu meminjam duit… see???.... yup, ikutkan hati mmg lgsung xmau bg muka… tp aku tidak mau dickp tdk mengenang budi, so, aku pinjamkan jg dgn nilai yg sama… tp, dia jg tidak mbayar kembali dgn tempoh yg ditetapkan… ya, aku tidak menagih dia dgn nada yg marah2… tetapi dgn sopan santunnya aku mengirim msj dgn ayat yg berbunga2… nasib, dia memahaminya…. Dan yg pasti, dia telah menjilat ludahnya sndri…. Ingatlah, hidup kita umpama roda.. kdg2 d atas, kdg2 kita d bwh….  Bila kita berada d atas, jgn sekali2 angkuh dgn org yg berada d bwh…. Kerana, satu hari nnti org di bwhla yg akan menolong kita….



Dan, teringat lg ada satu ketika, seseorang dr mereka mahu meminjam kereta kmi… tp kmi terpaksa utk tidak meminjamkannya kerana mahu menjimatkan minyak… sbb masa tu suda bulan tua… bkn kedekut tidak mahu meminjamkan…. Aku tahu, org tu marah…. Dan perkara buruk terjadi keesokannya harinya, d mana aku n tunangku dlm kelam kabut mahu ke tempat kerja, kmi dapati, ada org telah membuka tutup tiub tayar kmi dan tayar kmi pancit…. Hanya Allah yg tahu perasaan kmi masa tu… kmi tahu, ada org memang sengaja buat mcm tu…. Sbb mlm tu kmi ada kluar, dan tayar kereta kmi tidak ada tanda2 pancit… dan dgn perasaan yg penuh sabar, kmi mengepom tayar mgunakan pom basikal… terasa hati sgt sakit ketika itu… tp kmi tetap bersabar…. Setiap yg berlaku, ada hikmahnya…. Biar Allah saja yg membalasnya…. Wpun sakit hati dan berdendam, tidak perlu utk membalas dendam… dan yg paling menyedihkan, ada seorang hamba Allah yg telah pjg tangan mengambil duit aku d dlm dompet… dan waktu tu, mmg aku sgt2 kering dan wang tu sgt2 berguna utk aku… aku tahu, siapa yg mengambilnya… Cuma aku diamkan… tidak perlu bergaduh utk nilai yg sebegitu… wpun masa tu sgt2 rasa terkilan, tp kmi xmampu buat apa2… sbb bila di tanya. Tentu saja dia tidak mengakuinya…. Lebih baik berdiam…. Dan tidak perlu utk memanjangkan cerita…. Allah itu maha adil… biar Allah saja yg membalasnya…. Dan, yg pling menyedihkan, bila hal kita, org lain busy body utk menambahkan kekusutan pikiran…. Tidak perlu la dijelaskan d cni mengapa….. tidak tahu kenapa, org suka mencari hal dgn kami… padahal, kmi xperna pun msuk cmpur hal org lain… tp, tidak abis2 org mfitnah n mburuk2kan kmi…. Cukup2la apa yg suda berlaku… jgn menambahkan lg perasaan dendam d hati…. 



Pepatah melayu ada mengatakan, “buruk2 rumah sendiri, lebih baik rmh sndri, drpd tggl d rmh yg selesa, tetapi menumpang…” ya, mmg bkn senang utk menumpang rmh org lain… lebih bgus tggl d pondok usang… buat apa hidup selesa d rmh org, tetapi sentiasa mengalami tekanan perasaan…. Hidup umpama dlm sangkar…. Hidup penuh dgn peraturan, yg kdg2 tidak masuk dek akal… aku lebih selesa tggl sendiri… biarpun hanya menyewa sebuah bilik, janji hati senang.. tidak perlu terikat dgn apa2 peraturan yg menyakitkan.. tdk perlu utk bmuka2 bdepan dgn org yg menyakitkan hati…… tggl sendiri adalah lebih tenang… lebih selesa.. tidak perlu mengalami tekanan… drpd hidup bmegah2 d dlm rmh yg bkn rmh sndri, ttp berlagak seperti tuan rmh…. Aku suda puas utk menjaga hati org lain sebaik mgkin yg kdg2 memakan hati aku sndri… org lain, tdk perna pun tpikir utk menjaga hati aku…. Terpaksa berpura2 utk menyenangkan hati org lain, sdgkan dlm hati aku, penuh dgn rasa marah…. Marah pada diri sndri sbb terlalu takut utk menegakkan keadilan, dan marah pada diri sndri krn terpaksa menjadi “kerbau yg di cucuk idung”….. sebab itulah, smpai skg, aku suda berjanji pada diri aku sndri, utk tidak tggl menumpang d rmh org…. sgt2 seksa…. Mgkin, org yg pernah buat aku mcm tu, sng utk melupakan,dan menganggap tidak perna ada apa2 yg berlaku, tp TIDAK bg aku…. Aku akan ingat smua perkara smpai bila2… cumanya, aku tidak akan sekali2 membalas dendam.. Cuma berserah semuanya kepada Allah SWT…. Aku suda cuba utk melupakan smua itu, tetapi, bila bhadapan blik dgn org2 tu, smuanya yg berlaku, pasti teringat kembali….

Bila terkenangkan zaman kanak2 aku pun terasa sedih plak tiba2…. Biarlah, tidak perlu diceritakan dcni… ckup la aku simpan sebagaiu kenangan yg blh aku jdkan sbg pengalaman yg ckup2 berharga…. Ya, bkn sng mhadapi hidup d dunia ini…, perlu ketabahan, wpun dgn family sndri… sbnrnya, terlalu byk hal yg tersimpan rapi d dlm diri ini, yg tidak semua org tahu… sedih n luka yg aku tggung sndri…. Mgkin sudah suratan nasib kehidupan aku mcm ni… tetapi aku tetap bersyukur, kerana ada lg kehidupan org lain yg lebih sukar drpd aku…. Mgkin ini smua dugaan yg telah mematangkan aku….. dan mgkin gara2 dugaan2 ni la, sikap aku “suka memberontak”…. Cuma, ada masa2 tertentu, aku tpksa memberontak d dlm hati…. Utk menjaga hati ramai pihak… wlaupun, pada dasarnya, aku xsuka, tp aku perlu jg utk tidak memberontak secara berdepan…..



Ya, walaupun kini, umurku akan menjangkau 25tahun, ttp aku masih ingt setiap apa yg pahit dan manis yg perna aku lalui dr aku kecik smpai la aku besar pjg skg ni…. Wpun yg pahit, masih terkesan d hati, aku xda niat pun utk membalas dendam terhadap perbuatan org2 yg menyakitkan hati aku…. Aku serahkan semuanya pada takdir dan ketentuan Allah.. Allah maha adil….  Dan perkara yg selalu aku ingtkan pd diri aku, “jika kita senang, ramai yg dekat, dan bila kita susah, ramai yg mentertawakn…. Dan aku juga selalu mengingatkan diri aku supaya tidak perlu utk mencampuri urusan ‘tepi kain’ org lain… lebih baik menjaga urusan sendiri kerana, jika kita asyik sibuk menjaga tepi kain org lain, lama kelamaan, tepi kain kita koyak pun, mgkin kita tidak akan sedar..”



p/s : segala isi yg terdapat d dlm blog aku adalah hak aku.. sesiapa yg rasa tidak selesa dgn isi2 d dlm blog ini, anda dialu2kan supaya “stay out from my blog”… 



:::ayu::: 


Thursday, December 30, 2010

::: Selamat Tinggal 2010, & Welcome 2011... :::

Salam....
Nampaknya, kita akan mengakhiri tahun 2010.... tggl lbih kurang 1hari saja lg utk kita melangkah ke thun baru.... adakah smua impian n cita2 anda smua d thun 2010 suda tcapai?? ermm, bg aku, ada lg msih yg blm tercapai... dan Insyaallah, akn dimasukkan ke dlm listing 2011.... 
My wish for 2011 :


1. Berazam utk mendapatkan suasana kerja yg lebih tenang ( find a new job)... Insyaallah,  dan mudah2an saya dpt melepasi ujian psikometrik, melangkah ke interview dan seterusnya mdpt peluang pekerjaan itu.... amin...

2. Smoga jodohku dipercepatkan-NYA... amin... semoga perancangan berjalan dgn lancar... amin.... 

3. Semoga keadaan ekonomi aku & dia akan bertambah baik.. Insyaallah...

4. Saya mau on diet! ;p.. smoga aku dpt menahan nafsu mkn yg mbuak2 ini... hihi

5. Semoga aku, dia dan seluruh familyku sntiasa berada dlm keadaan yg baik2 saja... amin...

6. Semoga apa yg saya hajati termakbul dgn izin dr-NYA... amin....

Terlalu byk rasanya kenangan manis & pahit sepanjang thun 2010 ni... kenangan yg byk mengajar utk mematangkan diri.... kenangan yg terlalu pedih utk diingati dan terlalu seronok bila diingat kembali.... semoga thun baru ni, mbuka lembaran baru dlm hidup aku, dia dan semuanya.... semoga membawa seribu kebaikan.. Insyaallah.... amin...

:::ayu:::



Wednesday, December 29, 2010

::: Movie Time - Gulliver's Travel :::






Yeah, smlm g tgk movie ni.... mmg best! suka tgk cerita2 komedi yg mcm ni.... terasa mcm d alam fantasi... tgk ramai sgt org kerdil... hehehe.... btul ka d segi3 bermuda ada mcm ni?? ekekeke... mmg kreatif pengarahnya... xrugi buang duit utk beli tiket movie ni.... so, kpd yg blm tgk cerita ni, better p tgk ya.... gerenti, xmenyesal! ;)

:::ayu:::

Thursday, December 16, 2010

:::: MeNu SeminGgu Utk PenuRuNan BeRat Badan ::::

Isnin
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 mangkuk kecil oat & susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 1 ketul ikan pari bakar dan air asam + 1 cawan ulam + 1 potong betik + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1/2 potong jagung rebus
Makan Malam: 1 keping roti nan + 1/2 ketul ayam tandoori + 4 sudu kuah dhal + 1/2 biji jambu batu + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong

Selasa
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 keping thosai & dal + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 1 mangkuk tomyam campur + 1/2 cawan sayur campur + 1 biji pisang emas + 1 gelas air sirap limau
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 ketul tauhu sumbat
Makan Malam: 1 mangkuk salad + 1 potong tembikai + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong


Rabu
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 mangkuk kecil bijirin sarapan pagi & susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 1 ekor ikan masak pindang & kuah + 1/2 cawan tauhu goreng + 1/2 biji buah jambu batu + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 biji pisang emas
Makan Malam: 1 keping capati + 2 ketul daging + 1/2 cawan dhal + 1 biji belimbing + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1/2 biji buah jambu batu

Khamis
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 keping thosai & dhal + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 mangkuk mi sup-lebihkan sayur + 1 potong betik + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 ketul pulut panggang
Makan Malam: 1 mangkuk yong tau foo-lebihkan sayur + 1/2 biji mangga + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1 potong tembikai

Jumaat
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 gelas minuman bijirin oat (4 sudu) & susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 3 ketul daging masak kari + 1 cawan sayur campur + 6 biji anggur merah + 1 gelas air sirap limau
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 biji epal
Makan Malam: 1 mangkuk sup sayur-tambahkan perencah seperti udang atau ayam + 1 biji mempelam + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong


Sabtu
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 mangkuk soto ayam + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 set sandwich-roti mil penuh & tanpa mayonis + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 potong tembikai
Makan Malam: 1 cawan mi hailam-lebihkan sayur + 1 biji pisang emas + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1 cawan salad


Ahad
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 cawan mihun goreng + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi ayam + 1 ketul ayam + 1/2 cawan salad/timun + 1 potong nanas + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 cawan jagung
Makan Malam: 1 mangkuk sup sayur + 1 biji pear + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1 biji oren

Panduan:

-kurangkan atau elakkan mengambil nasi pada waktu malam
-elakkan dari makan malam selepas pukul 8.00-8.30 malam
-pilih bijirin sarapan pagi yang tinggi fiber
-campurkan sayur-sayuran dan buah-buahan kegemaran dalam salad
-susu yang digunakan adalah susu rendah lemak atau susu skim
-pilih kari tanpa santan atau jika kari bersantan, kurangkan pengambilan kuah
-nasi/mi goreng/hailam/sup/tomyam perlu dilebihkan sayur
-1 ketul ayam atau daging atau ikan merujuk kepada saiz 1 kotak mancis
-amalkan pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
-kurangkan minuman manis terutama kordial dan minuman berkarbonat

::: ayu :::