:::My PaGeS:::

Tuesday, December 14, 2010

::: Hantu Kak Limah Balik Rumah :::

Salam..... nak cerita pasal filem baru ni.... bru jer tgk on 11 Dec 2010 aritu.... mula2 fikir 2kali jgk nak tgk movie ni... tp, disebabkan dah xda movie best lgik, jd, kmi pun decided tgk cerita ni.,.. masa kmi beli tiket tu, mmg blm ramai yg beli tiket utk jam 930pm... ingt xramai yg tgk ni movie, tp bila dah smpai wktunya, mmg ramai gak la... blh dikatakan, cinema penuh.... 

Sebenarnya, filem ni, kesinambungan dr Filem "Zombie Kampung Pisang".... oleh pengarah Mamat Khalid.... mmg tabik la sama Mamat Khalid, coz dpt mbuat filem sebegini... dan lebih hebat dr Zombie Kg Pisang.... ada peningkatan..... mmg lawak gilak la movie ni... seram tu mmg seram.... lawak pun ia jgk.... mau xtido mlm tgk Hantu Kak Limah tu... perghhh, blh bkin pengsan.... ekekekeke... tp, mmg layannnn abis la movie ni... 4/5 bintang.....




Sinopsis Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah

Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu. Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.
Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.
Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah’



:: ayu ::
 

2 comments:

  1. best gila movie ni.. release tension sbb dari awal sampai akhir penuh dgn lawak.. mmg best la kan..

    ReplyDelete