:::My PaGeS:::

Thursday, October 28, 2010

::: JANGAN LUPA JADI ISTERI SETELAH BERGELAR IBU :::

Menurut Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samada isterinya melahirkan seorang anak atau 10 orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan isteri. Tetapi,sambungnya, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.
Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi sendiri,ambil nasi sendiri ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan.
Penat di pejabat dan di rumah pula tidak mendapat layanan isteri. Beliau menekankan,ramai suami tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa terpinggir. Di luar banyak terdapat gejala-gejala yang mengambil alih tugas isterinya di rumah untuk melayan makan-minumnya.
Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, “Encik nak minum, saya siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi….”. Ini akan membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baik sedangkan di rumah dia hanya mendengar kata-kata, “You buat sendirilah, I sibuk nak layan budak-budak ni. I penatlah…”
Tu baru bab lahiriah yang dipinta.. kalau alasan tu juga dibagi waktu berkehendakan hubungan badan.. hmmmm tak tau la cek nak kata.. takut nanti ada isteri2 yang makan hati akhirnyer bila suami menyatakan keinginan utk beristeri satu lagi…:).. Senantiasalah beringat bahawa seorang suami yang menyimpan perasaan marah atau tak puashati terhadap tolakan kita… sepanjang malam kita akan dilaknati oleh malaikat… sehinggalah suami kita memaafkannya. . Kerna itu.. seboleh2nya. .jangan biarkan si suami tertidur sendirian kerna menantikan kehadiran kita menemaninya .. kalau boleh, hentikan dulu kerja2 yang dilakukan.. temani suami buat seketika utk memenuhi keperluan dirinya.. tak semua semua inginkan seks semata2.. ada yang hanya mau lena dipelukan anda atau sebaliknyer. ..
Suami yang longgar pengetahuan agamanya dan tidak tahu tanggungjawab akan mudah berlaku curang walaupun sepatutnya dia membantu dan faham keadaan isteri. Pesan beliau, “Isteri jangan lupa menjadi isteri”. Sambut suami balik dari pejabat, ambil begnya, layan sekejap, tuangkan air dan berikan sentuhan sayang walaupun hanya dua atau tiga minit walau sibuk bagaimana sekalipun. Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini, akhirnya suami lebih senang dilayan oleh wanita lain. Jangan sesekali ambil remeh perkara begini..biasernyer bagi lelaki yang sudah berumahtangga, satu cara utk dier lepaskan bebanan kepala setelah seharian bekerja.. adalah dengan menerima layanan baik dari isteri..sekalipun hanya dengan senyuman isteri dimuka pintu… tatkala itu..dihatinya pasti rasa sungguh gembira kerana ada yang menanti dan meringankan bebanan emosi nya..

Ramai wanita, menurut beliau, selepas mendapat dua atau tiga orang anak akan mulai terlalu yakin diri dan bongkak. Mereka merasakan sudah lama berkawin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau bahasa tuturan. Mereka lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan lemah-lembut. Mereka juga selalunya atau kebanyakkannyer berasa suami harus faham keadaan mereka yang senantiasa diperlukan oleh anak2..ini silap.. sekalipun berapa anak yang diperolehi.. .suami tetap merupakan “Anak Sulung”… walau sayang banyak mana pada anak pun.. suami harus senantiasa didahulukan. …;)

Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat wanita muda mereka boleh terlupa yang diri sudah bergelar suami. Walaupun sudah tua tetapi jiwa muda keluar kembali kecuali di tabir oleh keimanan yang tebal. Yang ada “pendinding” akan sengaja membahasakan diri tua dengan perempuan dibahasakan dirinya ‘Pak cik’ adalah dengan sengaja di lakukan demikian untuk memadam segala keinginan.
Seperti yang sering beliau nyatakan, orang lelaki mudah perasan bilamana keadaan dirinya tak tenteram…dan dikala ini apabila ada wanita muda menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur akan mudah perasan. Malah tambahnya lagi, ada wanita lain yang menghargai dirinya lebih dari isteri yang dirumah yang sentiasa mengomel dan memperkecilkan diri suami.

Friday, October 22, 2010

:::Cermah By Ustaz Mohd Kazim Elias::

Salam n morning all...... today is Friday... yeah! maknanya esok Sabtu! wpun kena keja 8am-5pm, ttp gembira jg coz sabtu adalah hari utk melayari internet sepuas2nya.. wakkakaa... shhhh, nnti kdapatan bos!

ermmm, nak story ckit.... sejak akhir2 ni, suka sgt tgk ceramah by 'Ustaz Mohd Kazim Elias'... mmg best dgr dia ceramah.. tgk melalui FB dia or d you tube...best! memang ceramahnya sgt2 bkesan, kerana diselitkan dgn unsur yg blh mbuatkan kita ketawa, tp setiap apa yg dituturkannya, mmg ada benarnya... n suka dgn cara penyampaiannya, tidakla serius sgt n ada unsur2 jenaka diselitkan, supaya para jemaah / org2 tidak bosan mdgr ceramahnya....

smlm, lgsung xtgk TV, dok layan ceramah dia.. best giler.... so, kpd kwn2 yg berminat, blh search d FB... mmg dia ada FBnya, dan dlm FBnya ada video2 ceramahnya.... 

try view link di atas utk mendengar video ceramahnya.... enjoy!

Thursday, October 21, 2010

:::LELAKI EGO:::

Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah . Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…

Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.
“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,” tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.
Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.
Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.
Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.
Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.
“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”
Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis, “Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..” Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.
Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.
Aku bisikkan ketelinganya, “Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,” pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.
“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.
Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.
Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.
Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.
“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.
Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.
“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.
“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni. “Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.
Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!
Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.
Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain.
Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.
Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.
Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.

Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu. Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.


:::Cinta tidak bersebab:::



TIADA SEBAB UNTUK MENYINTAI... HANYA HATI MERASAKAN.. Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka...
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya?
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

 
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun
begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan disebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu..Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu..Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku
tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang...Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab?

Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab.
Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang.
Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati....."
 
 
'Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari.... Dia datangkan petir dan
kilat.. kita tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar.....tetapi...rupanya-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi...'. 

.:BEING IN A FRIENDSHIP:.

Being in a friendship
Is a release
Because you can share with them your frightening tears,
Being in a friendship
Is a wonderful gift
Because they can wipe away your sadness tears,
Being in a friendship
Is a truly bliss
Because you can laugh in loud and crazy cheers,
Being in a friendship
Are moments to cherish
Because you will remember them when they’re disappears.
 
Being in a friendship
Sometimes it’s hard
When your faith fluctuating in your heart,
Being in a friendship
Sometimes leave marks
When your mind disagree with your friend’s luck.
Being in a friendship
Sometimes put blocks
When your friend start to refuse to talk,
Being in a friendship
Sometimes gain dark
When they leave you alone with no door to knock,
 
Being in a friendship
Bring happiness
They make you laugh like you’re gonna die
Being in a friendship
Bring sadness
They let you cry with their story of lies
Being in a friendship
Brings anger
They let you dash thing but still deny
 
Being in a friendship
Brings everything
That makes your life a perfect journey
Being in a friendship
Is so interesting
When it’s a friendship between you and me.

Wednesday, October 20, 2010

::: Hari Raya Aidilfitri 2010 :::

heeee... rasa2nya mmg dah terlambat utk mbuat post tentang 'Aidilfitri 2010'..... tp, aku ttp nak publish jgk... hehehe.... seperti kebiasaan thun2 yg sudah, raya aidilfitri thun ni, mmg meriah... yg xmeriahnya cuma, aku xlgik dpt 'duit raya'.... hehehehe... ya la, mmg suda sedia maklum, bila suda bkerja, kompom la, xda sepa2 lgik yg bg duit raya, except my boo... hehehe.... n alhamdulillah, thun ni, rezeki agak murah, so dpt la bg2 duit raya kepada sanak saudara yg bwh umur... hehehehe.... 

n alhamdulillah, raya thun ni, giliran beraya d beaufort, dsebabkan raya pertama thun lalu suda beraya d Limbang... msti ikut turn, bru la adil, kan?? hehehe...  dan oleh kerana, raya ke-2 ptg bru blik ke limbang, dapatlah pg beraya ke rmh sedara mara yg tdekat... yg jauh2 tu, blm ada kesempatan utk pg lagi... dan Insyaallah, bila ada rezeki, dan kenderaan dah btukar kpd size yg bsr ckit, xraya pun, blh pergi berziarah, kan? hehe... 

dan, buat pertama kalinya, raya thun ni, dpt bgmbr 1 family.. tp malangnya, gmbr xbrapa nak clear... so, dpt cuci kepada size yg besar utk d framekan d dinding.. dpt cuci size 3R sahaja... hehe... 



dan thun ni, theme colour kmi adalah hijau... hehe... tp utk tdk kelihatan sgt Boria, kmi xla guna kain yg sedondon... janji ada kaler ijau... ehhehehe... family kecik jak.... tp alhamdulillah, bahagia.... hehehe... dan, utk tdk mhampakan, kmi ada jg la mengambil bbrapa keping gmbr utk kenang2ngan time beraya d Beaufort

 Abah & mamacigu... purple theme...


 me & k.ija (bakal2 datin)... hihi










dan, raya ke-2 ptg, me n my boo, meneruskan destinasi ke limbang.... bjumpa my family-in-law....

 my father n mum-in law...

 sis in law... alai n inoi....



  me & my boo...






::Dinner-Butter prawn::

Morning all..... hee.. mood arini hepi, coz smlm dpt mkn butter prawn... lama gilakk rasa nak mkn..... bru smlm ada kesempatan utk memakannya... hehehe... thanx to my boo coz blnja mkn smlm... hehehe.. at Waterfront... wpun, lps makan, alergik ku automatik dtg... tp xper, ada stok ubat alergik dlm hbag... gatal2 badan n sakit perut gara2 mkn udang! tp, apa pun, mmg puas hati la... wpun harga agak mahal, tp rasanya sedap... hehhe... 





Saturday, September 25, 2010

:::Birthday Dinner:::

23th Sept is my birthday!!! thanks to all my friends who wish my birthday... n special thanks to my hubby coz celebrate my birthday at secret recepi.. love it much.. dpt mkn chocolate cheese kek... very2 delicious... coz, saya ni pggemar cheese kek.. apa2 yg bkaitan dgn cheese, mmg my favourite... love u so muchhh b.... n thanks once again for the advance birthday present (Bonia Watch).... heee... i love u! xsgka, n xsedar, thun ni, suda 24th years old! but still look young, right? heee... awet muda.... thanks once againnnn b...

Thursday, August 26, 2010

::: My An Advance Birthday Present :::

rasanya, sudah agak lama saya x updated my blog.... idea mmg ada melambak2 utk menulis, but, penyakit MALAS sdg melanda diri... ;)... ermm, i want to thank to my Hubby coz give me an advance birthday present... thank u so much.. i love it.. and Insyaallah, akan menjaganya dgn sebaik2nya... wheeeeeeeee~
actually, i got a Bonia Watch kaler gold... n i very2 like it... thanks 1 again...

 

n, saya sdg bfikir2, what a special thing i want to give him for his birthday on 7 sept.... erm.. mayb shoes.. n of coz shoes... Insyaallah.... 


Wednesday, July 21, 2010

::::Balik Kg:::::

salam....
lama rasanya xblik kg... but, this week Insyaallah, akan blik kg... amin.. cuti pun suda approve.. last blik kg tu time cuti kaamatan.. wallawehhh, sgt2 lama kan.... ermm, sbtu ni, dah apply 1/2 day, n dah approve pun.... rindu sgt2 dgn suasanan kg.. mau2 lgik skg ni musim buah, n pling xthn, dgr bibik suda booking durian merah.. ahhaha.. my feveret~ i love it.... even org lain sbuk melantak n berebut durian putih, saya ttp dgn durian merah... hehehehe.... 

isinya yg lemak manis.. ermm, sdp sgt2... tapun2 dulu... hehehe... n xsbr mo mkn masakan org d kg... sdp sgt~ hehehe.. nak suruh msk kari ikan & asam pedas.... sbb, apa yg aku buat, rasanya xserupa mcm org tua buat... lain air tgn, lain la rasanya kan... hehehehe.... nak berehat d kg.. wpun cuti smpai ahad jak.. hehehe...

manggis & langsat pun ada... n hope buah terap pun still ada, blh sruh wat kuih.. nyum2.. tapun2 lg dulu... hehehehe.... xlama lg nak posa suda.. jd, nak melantak buah2an lah dulu.. klu nak beli, kat kk ni, hurmmm, harga, mahal sgt~ n rasa xsesedap mana.... mudah2an kmi selamat plg kg, n selamat kembali ke kk.. amin....

Friday, July 9, 2010

:::Autumn In My Heart:::


Autumn in my heart satu drama yg best sgt... dulu, dlm thun 2000 suda perna tgk kat TV.. but, terasa rindu plak nak tgk blik.. so, aku tgk la kat mysoju.com.... nasib baik blh tgk online...a ritu cri cdnya, xda... tp nak try cri lg... nak buat koleksi.... cerita ni, mmg sgt2 meruntun jiwa... hati kita sentiasa rasa "autumn".... rasa sedih jak bila tgk cerita ni... ada jg la part hepi... but, overall ada sedih.... dr 1st tgk mmg terasa suda kesedihannya... citer ni ada 16 episode... n semua pelakonnya jg cute2 n hensem2... terutama pelakon utamanya Song Seung-Hun, Song Hye-Kyo & Won Bin... xsgka, ada jg cinta yg mcm ni... setia dr kecik smpai ke besar.. dan mereka ditakdirkan mati bersama cinta mereka.... sgguh terharu rasanya... terlalu byk halangan yg mereka tempuhi, walau ada insan lain yg menyayangi mereka, tetapi, dalam hati mereka dua hanya ada 1cinta yg mmg xblh dibuang dr hati.... dan cerita ini jg mengisahkan ttg seorang lelaki yg kasanova blh berubah mjadi lelaki yg setia kepada seorang wanita.. lelaki yg dulunya xda cita2 kini bersemangat kerana seorang perempuan.... tetapi, malangnya wanita itu tdk blh menyintai lelaki itu seperti mn dia menyintai leaki yg bertahkta d hatinya.... mmg xpuas tgk sekali... teringin tgk berulang kali... mmg romantik n terkesan d hati.... 

 Yoon-Eun-Suh & Yoon-Joon-Suh ketika bdk sekolah





 i love u watch this movie very much.... suka dgn cinta eun-suh & joon-suh... 

::ayu::

Thursday, July 1, 2010

:::: WorLd CuP ::::

salam..... rasanya sgt lama saya xupdated blog ni kan?? lately ni bz + xda mud nak updated... rasanya blm tlmbt if i nak story about "world cup", kan?? i mmg minat tgk bola, terutama world cup.,.. suka tgk cara drg main n then tmasuk tgk muka2 hensem player2nya.... 

 

dan smua pun tahu kan, this year 2010 world cup diadakan d South Africa... sepertimana yg "Syakira" uwar2kan dlm lagunya "waka waka".... sbnrnya, saya sgt menyokong team England... dulu, suka tgk Beckham... but utk thun ni, Beckham xmain, kakinya injured.... tp dia still ada d south africa utk mberi sokongan kpd teamnya... tp, yg sedihnya, team dia suda out before msuk "Round of 16"... mmg xda rezeki utk England... wpun satu ketika dulu, England pernah bgelar juara... mgkin nxt 4 years England akan mperlihatkan kegagahannya utk merangkul kmbali juara World cup... 


And then lepas kekalahan England, saya amat2 menyokong team portugal... sbb, saya tau ada christiano Ronaldo... selain hensem, saya tau dia pemain pling mahal d dunia, dan saya yakin dia mampu bmain disamping teamnya dgn cemerlang, dan akan meraih juara.... pling best tgk masa portugal vs Korea... 7-0... mmg best gilak time tu... tp, sygnya Portugal jg xda nasib utk mara ke Quarter Final... nmpknya, Ronaldo mdpt kritikan yg amat hebat drpd penyokong2 Portugal, krn dia xdpt mpamerkan pmainan yg bkesan.... tp, bola itu bulat... apa2 blh jdik... tgk Team Italy, thun 2006, mereka la juara, but utk thun ni, awal2 suda out~



so, skg ni, saya sokong team brazil la plak... hehe... Kaka... i hope u dpt main dgn bsungguh2....


dan kepada team Japan, u all r the great! satu2nya team wakil Asia yg msuk "Round of 16".... and Japan tlh mbuktikan drg adalah team yg hebat setelah blwan dgn team Paraguay.... sbb, buktinya, 90minit masa perlawanan, 0-0... dan pada masa tambahan 30minit, 0-)... dan Japan hanya kalah kpd Tendangan Penaldi saja.. so, kpd "Yuichi Komano" harap dpt improve tendangan d masa dpn.... 




Saturday, April 24, 2010

:::Rendag Daging:::

Salam... kmarin aku ada ckp nak msk daging blackpepper kan??? hahaha.. xjdik msk itu la... tp tukar resepi.. masak rendang daging... huhu.. 1st try ya.. dan alhamdulillah.. menjadik... amin... then, hubby ckp, sedap... n td pg bw kat opis, kwn2 ckp sedap.. siap mintak resepi lg.. hehehe... nxt time blh buat kat kg plak... tp masak utk kuantiti yg byk blm berani lg.. tkut xjadik... hehehe....

 lebih kurang mcm bgini la rupa rendang daging yg aku buat smlm... mmmm... smlm xsempat nak snap.. hehehe.. nxt time nak try ayam msk kurma lg.. nyum2.... hehehe.. 

:::ayu:::

Friday, April 23, 2010

:::Ikan kerapu masak lemak cili api:::

akum... smlm, lidah ni terasa terliur plak nak mkn ikan masak lemak cili api... actually, mula2 ingat nak mkn ikan masak asam pedas, but bahan2 xcomplete, lupa nak beli time g pasar aritu... bunga kantan, daun kesum n cili giling xda... masa blik kmarin, mls nak singgah beli, so i prefere masak 'ikan lemak cili api'.... nyum2... sdp gtu.. 



actually, ikan kerapu ni, klu di masak asam pedas or lemak cili api, mmg sdp.. sbb isinya lembut, tp if digoreng, mmg xsdp rasanya... isinya jd keras... dan, alhamdulillah, smlm telah berjaya mhasilkan ikan lemak cili api... dan mkn dgn penuh kenikmatan... 

dan, mlm ni, Insyaallah, nak msk daging blackpeper plak... hihihi....

:::ayu:::

Tuesday, April 20, 2010

::: Dont Judge Book By Its Cover :::

Salam... today nak bercerita ckit psl entry kat atas tu... hmmm.. umum suda mengetahui rasanya what meaning of "Dont Judge a Book By Its Cover.." contohnya dlm persahabatan... kita trust sgt kwn kita tu.. dgn meluahkan semua masalah.. bak kata pepatah, tmpt meluahkan perasaan.... kerana percayakan dia jg lah, kita blh meluahkan sesuatu, kan? coz, tipulah if kita blh bckp n meluahkan kan kpd semua org.. msti kita akan pilih org2 terpilih, kan? dr raut wajahnya yg blh dipercayai, xbermakna kita blh trust them 100%.. ya la, rmbut sama hitam, but hati lain2... kita dgn sepenuh hati trust dia, dia blh p jaja2 cerita kita to other people's... huhuhu.. so, that's y, sekarang ni, aku ni sgt susah nak percaya org... sgt2 susah... kdg2 lbih suka buat hal sndri, terutama kat ofis... lantakla apa org nak ckp or umpat hal aku, janji aku xkacau org.. cuma jan jak smpai hal tu smpai d telinga aku... i know what im going to do.. but, im not so stupid to "bertarik2 rmbut, or berteriak2 d opis like some people/women especially do.." so, kampungan... be professional.. coz, i know, the people i trust selama ni, menikam i dr belakang... mmg xbaik menuduh, but, i know n blh menilai seseorang itu dr perangainya... mmg nmpk baik, tp mcm suka sgt mjaga tepi kain org, walhal, tepi kain sendiri koyak rabak, dia xsedar... how???!!!...

muka ok, but if hati busuk n asyik mencari kesalahn org lain jak, buat apa kan? lbih baik kita jaga hal kita sndri... klu perangai ok, xmgkin ramai musuh kan, sana cni, ada jak musuh! dr sana, kita mgkin dpt agak dia ni ok ka x... xpa... mgkin kita patut biarkan org ni menerima balasan yg setimpalnya... Allah maha adil.. Insyaallah, what goes around, comes around... apa yg kita suda buat, akan kita dpt blik balasannya.. baik or buruk... coz hidup kita mcm roda, hari ini, kita kenakan org, Insyaallah esok lusa, kita akan dpt blik.... apa2 tu smua dr kita... mmg, setiap manusia ada perasaan cemburu, hasad dengki tp sedaya upaya la control sndri kan? if x, ianya akan merosakkan diri sndri.. kita xpatut dengki dgn apa yg org lain miliki coz, masing2 ada kelebihan n kekurangan tersendiri... smua yg berlaku, ada hikmah disebaliknya... berhenti mengutuk n menjaga tepi kain org coz itu semua tdk mberi apa2 faedah kpd life kita, bahkan akan mbuatkan kita mpunyai ramai musuh.. i dont want an enemy anymore,!! coz, i xperna kacau hidup org... 

xda gunanya org tu pndai menasihati org lain, pndai mengata keburukan org lain, walhal, dia lupa yg dirinya mgkin lebih teruk dr apa yg dia perkatakan tentang org lain... n berhentilah menyusahkan hidup org lain... mgkin hari ini, masih ramai lg yg msih mahu bkawan dan mpercayainya, tp mgkin tdk esok lusa!.. yup, mmg btul "no body is perfect" but, kita blh ajar diri kita supaya mnjd yg tbaik dr yg sblm ini.. dan sekarang, saya telah melatih diri i utk menjadi lebih baik dr sebelum ini.. dan mgkin i telah berjaya sedikit demi sedikit... Alhamdulillah...... Insyaallah, 1 hari nnti akan ada balasan utk org2 yg mengutuk i dr belakang.. hidup kita ibarat roda.... i just ignore jak people yg mcm ni.. sbb xguna kita melayan org yg merosakkan pemikiran kita, kelak esok lusa, kita yg blh jd gila... so, renung2kan... 


::ayu::

Monday, March 29, 2010

::::Does everyone need MoNeY????:::::

tetiba plak kepala ni memikirkan soal duit... does averyone need money??!! of course yes, right?? me also... duit ni penting, tanpa duit, smua benda kita xdpt... even kasih sayang tu pun mmg perlukan duit...  duit.. duit.. duit... kasih sayang tanpa duit, xkan ke mana... walaupun ada sesetengah org berkata "Duit bkn segala2nya"... is it true? mgkin dulu ya, bg saya.. but not this time... all things at this world need money... we all cant survive without money... di tambah plak dgn dunia yg serba canggih n morden skg ni... everybody really2 need money~ all of us, want money tu suvive, to eat, to buy something an etc... 


and, also for "wanita bekerjaya", mmg sgt2 perlukan duit... utk menjaga penampilan... dr segi badan n pakaian... wanita yg xbekerjaya also need money for personal use... ya la, lebih2 lg housewife.. zaman skg ni, wanita perlu pasang badan... sdgkan wanita yg pasang bdn, laki cari lain, apatah lg, wanita yg hanya berkain batik+ t-shirt besar???.. confirm, laki blh cabut lari... huhu.. so for me, sbg wanita, we must "pasang badan"... bkn sahaja yg suda bersuami, bahkan yg still bujang n "engaged"... so, xsalah kita buang duit kita utk sesuatu yg mcm tu kan? shopping utk kepuasan hati kita... dan jg utk menjaga yg tersayang.. mmg la, lelaki akan ckp "saya xkisah awak gemuk ka, xmekap ka, yg penting hati msti baik"... huhu... tetapi, hakikatnya, mata lelaki mmg suka tgk pompuan cantik dr pelbagai sudut... pelbagai segi... kecantikan dlaman jg penting, coz xguna muka cntik, bdan lawa tp hati busuk!!... so, wanita kena maintan dr smua segi.. insyaallah...

dan, jgn jdkan diri kita hamba duit, such, sggup lakukan perkara2 -ve demi duit.. smua suda maklum kan? itu adalah manusia pndai yg bodoh, u alls know what i mean? like this, mgkin dlm otaknya, ada memikirkan tentang bisnes yg mendatang duit, tp dlm masa yg sama, bisnes itu adalah haram di sisi undang2.. ya la, tdk ada sesuatu kejayaan cemerlang tanpa berpenat lelah membanting tulang...  semuanya memerlukan usaha... "bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian" 


::::ayu::::