:::My PaGeS:::

Friday, March 26, 2010

::: Kuasa Wang dan Kuasa Cinta, yang mana lebih BERKUASA?:::

assalammualaikum.... saya tertarik dgn 1 artikel ni.. dan nak berkongsi dgn kwn2 smua... adakah btul atau x, apa yg diperkatakan dlm artikel ni?? mgkin smua blh bg pendapat masing2.. dan bg saya, artikel ni mmg ada betulnya~~ renung2kan... ;p

 Berkorban apa saja
Harta ataupun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Ranngkap di atas adalah antara lirik lagu allahyarham Tan Sri P. Ramlee berkenaan dengan cinta.Di mana demi cinta, sanggup dikorbankan apa saja. Hatta nyawa pon sanggup dikorbankan.
Itulah nilai kasih sayang yang sebenarnya.
Namun, dewasa ini, dengan kemajuan di negara kita ini, peningkatan kos sara hidup, adakah CINTA dan KASIH SAYANG masih segala-galanya?
Mungkin buat pasangan yang masih bercinta akan mengaku bahawa cinta lah segala-galanya. Wang ringgit takde pon tak apa, asalkan dalam saling sayang-menyayangi antara satu sama lain.
Apabila tiba masa untuk mendirikan rumah tangga, seolah-olah menjadi satu trend zaman sekarang di mana kebanyakan pasangan akan membuat pinjaman peribadi untuk biaya majlis kenduri kahwin dan lain-lain.
Rumahtangga yang didirikan, awal-awal lagi sudah dibebani hutang.
Kita dapat lihat dimana terdapat pasangan yang hanya berkahwin 4,5 tahun, bercerai.
Macam-macam punca perceraian.
Namun, hutang pinjamin peribadi masih belum langsai.
Dalam rumahtangga pon begitu. Terdapat banyak kes pergaduhan rumah tangga adalah akibat tekanan kewangan. Keharmonian rumahtangga boleh terganggu akibat kekurangan kuasa wang dalam keluarga tersebut.
Bayar hutang, bayar bil, bayar itu, bayar ini..
Adakah terdapat perancangan kewangan dalam keluarga anda?
Biasa kita dengar,
“Wang bukanlah segala-galanya, kebahagian tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.”
YA BETUL!!! saya setuju sangat-sangat.
Tapi, adakah cinta dapat membeli rumah yang selesa? membeli kereta? bayar bil?
Pegi ke kedai, tunjukkan cinta, dapat beli sekilo beras? :)
Buat pasangan yang sedang sibuk bercinta, belajarlah berjimat.
Simpan duit banyak-banyak untuk majlis perkahwinan dan untuk kegunaan rumahtangga.

Ada wang, abang sayang. Takde wang, adik menghilang…

No comments:

Post a Comment